OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Penyelesaian konkrit segera dituntut atasi masalah bekalan air, banjir di Sibu

Penyelesaian konkrit segera dituntut atasi masalah bekalan air, banjir di Sibu

SIBU, 21 Feb: Masalah bekalan air yang tidak menentu, dan banjir yang berlarutan di sini, kini memerlukan penyelesaian segera daripada pihak berwajib.

Pada Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bahagian (DDC) Sibu Bil. 1/2025 di sini baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing, menegaskan bahawa kedua-dua isu ini sudah lama membelenggu rakyat.

Menurutnya, ia perlu ditangani dengan tindakan konkrit tanpa penangguhan lagi.

King Sing meluahkan rasa kecewa dengan keadaan bekalan air yang sering terputus dan tidak stabil, sekali gus menyukarkan kehidupan penduduk setempat.

“Rakyat sudah lama bergelut dengan masalah kekurangan air.

“Bekalan yang tidak menentu ini terus mengganggu kehidupan harian mereka, dan hanya bergantung pada lori tangki yang tidak mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu turut menyentuh tentang masalah banjir yang masih berlaku di sini walaupun beberapa langkah telah diambil.

“Banjir di Sibu telah berlaku selama berpuluh tahun dan terus menjejaskan penduduk.

“Sibu bukan kawasan paya, tetapi sistem saliran yang tidak sempurna menyebabkan air bertakung, mengakibatkan tanah menjadi lembap, dan banjir tidak dapat dielakkan,” tambahnya.

King Sing juga mempersoalkan keberkesanan peruntukan RM15 juta untuk mendalamkan muara Sungai Seduan.

Menurutnya, ia tidak akan menyelesaikan masalah banjir secara keseluruhan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bintulu itu menyeru supaya tindakan yang lebih menyeluruh dan berkesan diambil bagi mengatasi kedua-dua masalah ini dengan segera.

“Rakyat sudah terlalu lama menderita, setiap kali hujan sedikit pun, banjir kembali melanda.

“Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan,” ujar King Sing dengan tegas.

Beliau mendesak Lembaga Air Sibu (LAS) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) untuk segera mengemukakan pelan tindakan yang lebih jelas dan konkrit dalam menangani masalah bekalan air.

“Kita tidak boleh hanya bergantung pada penyelesaian sementara.

“Masalah ini memerlukan penyelesaian jangka panjang yang berkesan,” katanya,

Menurutnya, beliau menuntut tindakan tegas segera diambil demi kesejahteraan rakyat Sibu. – TVS

Berita Berkaitan

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search