OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Sembilan projek sakit tebatan banjir di Selangor

SHAH ALAM – Sebanyak sembilan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Selangor dikenal pasti sebagai projek sakit yang perlu segera diselesaikan menjelang musim tengkujuh bakal melanda negeri ini kelak.

Projek itu meliputi beberapa isu kritikal termasuk melibatkan RTB Batu 7, Ijok, Kuala Selangor yang mengalami ban pecah hingga banjir teruk minggu lalu.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, kerajaan negeri mempunyai sebanyak 41 RTB dengan peruntukkan kos bernilai RM482 juta.

Menurut beliau, projek itu sebahagiannya sedang dilaksanakan dan dalam proses reka bentuk oleh pihak syarikat kontraktor yang dilantik.

“Namun, kita mendapati sembilan daripada RTB itu bermasalah dan dikategorikan sebagai projek sakit antaranya kerana masih tidak disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

“Projek itu melibatkan RTB di Sungai Buloh, Ijok, Sungai Kayu Ara dan anak sungainya, Sijangkang, Sungai Kandis, Sungai Kembong, Taman Mutiara Bukit Raja serta Sungai Pinang,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Izham menjelaskan, pihaknya juga telah memohon kerajaan Persekutuan menamatkan pelantikan kontraktor bagi tiga daripada projek tersebut.

Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan Persekutuan telah meluluskan lima projek tebatan banjir berimpak tinggi dengan kos bernilai RM2.25 bilion di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Persiapan MTL: Sistem pintasan kecemasan menerusi telefon pintar diteliti

PUTRAJAYA - Sistem amaran banjir terutamanya bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) akan ditambah baik dengan sistem pintasan kecemasan bagi memberi amaran menerusi pesanan tetingkap timbul (pop-up alert) yang dihantar ke telefon pintar, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, beberapa negara telah melaksanakan sistem pemakluman bencana menerusi sistem pintasan kecemasan ke telefon pintar dan tidak lagi bergantung pada sistem pesanan ringkas (SMS) atau siren semata-mata.

"Saya akan bincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) apa yang boleh dilakukan dengan syarikat telekomunikasi untuk membantu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

"Ini untuk memaklumkan rakyat terutama di sesuatu kawasan, selain daripada amaran siren banjir, mungkin melalui telefon mereka juga boleh mendapatkan maklumat terkini. Kita akan teliti kemudahan itu," katanya kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini hari ini

Turut hadir, Timbalan Menteri Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengarah Urusan MCMC Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

NADMA: National Disaster Risk Reduction Policy 2030 for a safer Malaysia

PUTRAJAYA: The National Disaster Risk Reduction Policy 2030 will be the primary reference point for disaster risk management guidance at the national, local, and across sectors.

Director General of the National Disaster Management Agency (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus, said the policy outlines four principles, five strategic cores, six main targets and actions to be undertaken by stakeholders.

Launched by Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi on Oct 3, the policy can be used by the federal and state governments, local authorities, the private sector and the people as a guide and primary reference, enabling them to play their respective roles in a more relevant and effective manner.

“The main goal of this policy is to make Malaysia a safer and disaster-resilient country by mainstreaming comprehensive and inclusive disaster risk reduction towards the well-being of the people and sustainable development,” he said in a statement today.

Khairul Shahril said the policy was drafted in parallel with the global instrument, the Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030.
 

“This reflects the government’s commitment to meeting the global agenda to mainstream disaster risk reduction and, at the same time, create a safe and disaster-resilient Malaysia through prevention, mitigation, preparedness, response and reconstruction.

“This policy also applies to the use of science and technology because it is crucial in supporting the decision-making process,” he said.

Khairul Shahril also expressed hope that all stakeholders draw up a Disaster Risk Reduction Action Plan at their respective levels detailing activities to be implemented, budget estimates and specific targets based on the policy.

“This action plan should be reviewed and updated periodically to monitor the progress of the activities to be implemented.

“The National Platform for Disaster Risk Reduction (MyDRR) will be a medium for all stakeholders to report DRR activities according to their respective scope and responsibilities,” he added

 

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 3,503

Alor Setar: Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 3,503 orang daripada 1,141 keluarga yang ditempatkan 23 di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah, setakat 8 pagi ini

Ia meningkat berbanding 2,771 mangsa daripada 924 keluarga, 8 malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa yang paling ramai iaitu 1,324 orang daripada 459 keluarga di sembilan PPS.

"Daerah Kota Setar pula mencatatkan seramai 1,197 mangsa daripada 373 keluarga di lapan PPS manakala Pokok Sena, 549 mangsa daripada 195 keluarga di empat PPS.

"Sementara itu, daerah Pendang pula mencatatkan seramai 433 mangsa daripada 114 keluarga di dua PPS," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, laman Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, lima sungai di negeri ini terus menunjukkan bacaan melepasi paras bahaya setakat 7.30 pagi tadi.

 

UUM santuni pelajar jadi mangsa banjir

SINTOK – Ribut dan banjir yang berlaku baru-baru ini, amat menyedihkan sehingga menyebabkan ramai kehilangan harta benda bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Prihatin dengan tragedi yang berlaku, Universiti Utara Malaysia (UUM) menyantuni mangsa bencana di beberapa kawasan terjejas di Kampung Padang Kabu, Pendang dan Kampung Sena, Sik, Kedah.

Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, pihaknya menziarah rumah pelajar yang rosak teruk termasuk bumbung tercabut selepas dilanda ribut.

“Kita bersimpati pada pelajar dan keluarga yang ditimpa ujian, rumahnya mengalami kemusnahan bumbung akibat dilanda ribut yang berlaku mujurlah kejadian ini tidak menyebabkan kecederaan.

 “Apabila mendapat maklumat yang menyedihkan ini kita tampil memberikan sokongan dan bantuan sedikit sebanyak boleh membantu meringan beban.

“Dalam usaha menyantuni mangsa bencana, UUM menghulurkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas dan kelengkapan harian seperti beras, kicap serta makanan,” ujarnya.

Menurutnya, usaha ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung mangsa serta berharap misi bantuan ini akan mendekatkan lagi UUM dengan masyarakat.

Sementara itu, pelajar Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat, Muhammad Haikal Che Johari menceritakan detik cemas pada jam 3 petang, cuaca mendung disertai hujan dan angin kencang.

“Apa yang berlaku, kejadian ribut yang tidak disangka dengan bunyi yang kuat sehingga menerbangkan bumbung rumah.

“Rumah saya rosak teruk selepas dilanda ribut dan kami terpaksa memasang kanvas dengan mengikat tali di pokok.

“Rumah kami tiada bumbung selama tiga hari, jadi keadaan cukup mencemaskan kerana hujan masih turun disertai angin, kami takut kanvas diterbangkan angin,” ujarnya.

Sementara itu Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Operasi, Muhammad Alif Aiman Azizan teruja dengan kunjungan yang tidak disangka daripada pihak UUM terutamanya Naib Canselor.

Muhammad Alif yang menetap di Kampung Padang Kabu, Pendang bersyukur kerana mendapat perhatian daripada pihak UUM yang sudi datang ke rumahnya memberi bantuan.

“Alhamdulillah, terkejut dengan kunjungan Naib Canselor UUM yang tidak disangka-sangka dan seronok dapat bantuan, terima kasih UUM,” ucapnya.

Ujarnya, sumbangan yang disampaikan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak, bawang, ayam, ikan, sabun mandi, syampu dan ubat gigi.

Mengulas lanjut katanya, hampir dua bulan hujan turun menyebabkan ayah tidak dapat bekerja disebabkan kebun getah ditenggelami air. – MalaysiaGazette

“Banjir berlaku ketika saya dan keluarga berada di rumah. Hujan turun tiga hari berturut-turut. Hujan lebat menyebabkan sungai di belakang rumah melimpah dan air mula naik sedikit demi sedikit sehingga masuk ke dalam rumah.

“Belakang rumah ada sungai jadi air naik bermula di kawasan tersebut malah penoreh getah juga tidak dapat bekerja kerana kebun getah dipenuhi air,” ujarnya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search