KUALA LUMPUR: Semua jentera dan kakitangan berkaitan bagi membantu mangsa banjir sudah dikerah ke Sabah dan Sarawak selepas dua negeri itu mengalami banjir buruk sejak kelmarin.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi membantu mangsa banjir serta memindahkan aset dan bantuan dari kawasan tidak terjejas ke kawasan bencana.
"NADMA sentiasa berkomunikasi rapat dengan semua pihak dan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
"Kita memang sentiasa bersedia dan membuat persediaan awal selepas arahan dikeluarkan sebelum Monsun Timur Laut (MTL) oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.
"Buat masa ini semua jentera sudah dikerahkan dan pergerakan aset di lapangan akan dibuat berdasarkan keperluan semasa," katanya kepada BH, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkaitan termasuk NADMA untuk memperkukuh jentera dan koordinasi berikutan situasi banjir di Sabah dan Sarawak yang semakin memburuk.
Anwar berkata, keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.
Mengikut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 12 tengah hari ini sebanyak 7,557 mangsa berada 76 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
Di Sarawak sebanyak enam daerah terbabit banjir membabitkan 2,904 mangsa sementara di Sabah terdapat 10 daerah menghadapi banjir yang kini mempunyai 4,653 mangsa.
Banjir di Sarawak bertambah buruk
- Admin UKK
- Berita
KUCHING : Situasi banjir di Sarawak bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir naik kepada 10,215 orang membabitkan 2,865 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tiga lagi PPS menempatkan 169 mangsa tanah runtuh di Miri dan Tatau manakala satu PPS menempatkan 37 mangsa kebakaran rumah panjang di Kanowit.
Berikutan peningkatan jumlah mangsa itu juga, jumlah PPS yang aktif di seluruh Sarawak kini meningkat sebanyak 62 dan menempatkan mangsa seramai 10,215 orang daripada 2,865 keluarga.
Daripada 58 PPS mangsa banjir, Serian masih mencatat jumlah tertinggi dengan 19 PPS, Bintulu (9), Kuching (4), Samarahan (12) dan Miri (9) dan Sibu (5).
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan berlaku di seluruh negeri ini, hari ini.
Lapan bahagian iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sarikel (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis) kini dalam kategori merah iaitu amaran bahaya dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku.
Enam bahagian pula berada dalam amaran kategori jingga apabila diramal hujan lebat berterusan dijangka berlaku iaitu Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi).
SIBU - Majlis Islam Sarawak (MIS) mengarahkan semua masjid dan surau yang mengadakan solat Jumaat di seluruh Sarawak untuk melaksanakan Solat Hajat Bencana Banjir selepas solat fardu Jumaat hari ini.
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Arahan itu dikeluarkan melalui satu pekeliling bertarikh semalam yang ditandatangani oleh Setiausaha MIS Mual Suaud, dan diedarkan kepada semua pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau di seluruh Sarawak.
Pekeliling tersebut menyatakan bahawa Majlis Islam Sarawak menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap bencana banjir yang sedang melanda Sarawak, khususnya di Bahagian Serian, Bintulu, dan Miri, yang telah menjejaskan kehidupan penduduk serta menyebabkan kerosakan harta benda.
Setakat pagi Jumaat, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan bahawa jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga.
Daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 4,021 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti daerah Serian dengan 1,886 mangsa daripada 602 keluarga yang ditempatkan di 15 PPS. - Bernama
SERIAN: Laluan di empat lokasi sepanjang Lebuhraya Pan Borneo dinaiki air susulan hujan berterusan sejak Isnin lalu.
Bagaimanapun, kesemua laluan yang dinaiki air itu masih dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada empat lokasi tersebut, laluan di Kilometer (KM) 187 Jalan Serian-Sri Aman paling terjejas dengan paras air mencecah sehingga 0.5 meter.
“Lebuhraya Pan Borneo ini direka bentuk untuk menangani masalah banjir, namun berkemungkinan di sesetengah tempat terjejas akibat limpahan sungai atau sistem peparitan berdekatan.
“Situasi ini secara tidak langsung boleh menyebabkan beberapa laluan terjejas banjir seperti di sini (KM187 Jalan Serian-Sri Aman), namun ia tidak membawa kepada risiko runtuh atau terputus,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke laluan di Lebuhraya Pan Borneo yang terjejas akibat banjir di Serian.
Laluan lain yang turut terjejas termasuk di KM524 di laluan Selangau-Bintulu, KM818.4 berdekatan Simpang Jalan Bakun, dan KM938 di Seksyen Lebuhraya Pan Borneo di Pujut, Miri.
Menurut Alexander, ketika ini tiada laporan kerosakan di semua laluan yang terjejas, namun pemantauan rapi terus dilakukan di kawasan-kawasan terbabit.
Ia bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku serta menjamin tahap keselamatan pengguna jalan raya.
KUALA LUMPUR: Semua jentera dan kakitangan berkaitan bagi membantu mangsa banjir sudah dikerah ke Sabah dan Sarawak selepas dua negeri itu mengalami banjir buruk sejak kelmarin.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi membantu mangsa banjir serta memindahkan aset dan bantuan dari kawasan tidak terjejas ke kawasan bencana.
“NADMA sentiasa berkomunikasi rapat dengan semua pihak dan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
“Kita memang sentiasa bersedia dan membuat persediaan awal selepas arahan dikeluarkan sebelum Monsun Timur Laut (MTL) oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.
“Buat masa ini semua jentera sudah dikerahkan dan pergerakan aset di lapangan akan dibuat berdasarkan keperluan semasa,” katanya kepada BH, hari ini.