OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jepun menggesa pemindahan selepas hujan menyebabkan banjir dan tanah runtuh

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun hari ini menggesa penduduk berpindah dari kediaman masing-masing selepas hujan lebat mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di wilayah barat daya negara itu, menyebabkan beberapa orang dilaporkan hilang.

Rakaman televisyen dari pelbagai kawasan di Wilayah Kumamoto menunjukkan rumah, kedai dan kenderaan tenggelam dalam air sedalam kira-kira satu meter.

Air sungai yang melimpah turut menghanyutkan kenderaan dan merosakkan jalan raya.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, dalam tempoh enam jam sehingga awal pagi ini, bandar Tamana di Kumamoto yang paling teruk terjejas menerima lebih 37 sentimeter hujan iaitu rekod tertinggi bagi kawasan itu.

"Situasi ini mengancam nyawa dan keselamatan mesti diutamakan segera. Langkah berjaga-jaga perlu diambil, termasuk di kawasan yang biasanya tidak berisiko bencana," menurut agensi berkenaan.

 

Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana Jepun berkata, arahan dan amaran pemindahan sudah dikeluarkan kepada lebih tiga juta penduduk di wilayah barat daya negara itu. 

Daripada jumlah itu, kira-kira 384,000 penduduk, kebanyakannya di Kumamoto, menerima amaran pemindahan tahap paling serius.

Di pekan Kosa, Kumamoto, seorang lelaki dilaporkan hilang selepas tanah runtuh berlaku berhampiran rumahnya ketika beliau berada di luar kenderaan, menurut pegawai bandar kepada AFP.

Bagaimanapun, Isteri dan dua anaknya yang berada di dalam kereta dilaporkan terselamat.

Di pekan Misato, juga di Kumamoto, pasukan penyelamat sedang berusaha menghubungi seorang warga emas yang terperangkap di dalam rumahnya selepas kediaman itu terjejas akibat tanah runtuh, kata pegawai bertugas bandar berkenaan.

"Hujan terlalu lebat sehingga saya tidak dapat melihat apa-apa di hadapan selama empat hingga lima jam," kata pegawai Misato, Kazuhiro Masunaga, kepada AFP.

Sementara itu, di bandar Fukuoka, dua orang dilaporkan dihanyutkan arus deras sungai semalam dan sehingga kini mereka masih hilang, lapor penyiar nasional NHK.

Sistem amaran tsunami boleh didengar sampai 2km

KUALA NERUS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Terengganu menguji sistem baharu siren amaran tsunami yang mampu memberi amaran lebih pantas.

Pengarahnya, Rosli Zakaria, berkata pengujian dilakukan di Seberang Takir, di sini, bagi memastikan sistem amaran bencana itu berfungsi pada tahap baik dan optimum.

Sistem siren baharu itu adalah sebahagian usaha MetMalaysia menaik taraf sistem amaran tsunami di negeri ini. Katanya, bunyi siren selama beberapa minit itu boleh didengari sejauh dua kilometer.

"Siren ini adalah menara keempat dipasang di negeri ini selepas Besut, Dungun dan Kemaman dengan kos pembinaan melebihi RM100,000 setiap satu.

 

"Projek ini dilaksanakan oleh Bahagian Teknikal Cuaca dan Gempa Bumi MetMalaysia dengan menggunakan teknologi dari Denmark," katanya.

Menurutnya, menara berkenaan mampu memberikan liputan amaran, tetapi bergantung kepada keadaan cuaca dan bentuk muka bumi.

"Segala maklumat selain data berkaitan amaran tsunami diperoleh dan dikendalikan dari Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional yang berpusat di Ibu Pejabat MetMalaysia di Petaling Jaya," katanya.

Ribut petir, hujan lebat di 7 negeri pagi ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, hujan lebat dijangka melanda seluruh Perlis serta sebahagian negeri Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Bandar Baharu).

“Cuaca sama turut dijangka di seluruh Pulau Pinang serta Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang).

“Di Pahang, kawasan yang diramalkan hujan lebat pula adalah Tanah Tinggi Cameron,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia berkata cuaca buruk turut dijangka di Johor melibatkan kawasan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak kawasan yang diramal hujan pagi ini adalah Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi). – KOSMO! ONLINE

Perlis pump project to protect 3,200ha of padi fields from floods

ARAU: The installation of an electric and diesel pump station, along with 15 mobile emergency pumps, is expected to help address the perennial problem of flooded padi fields in Perlis during the monsoon season.

State Agriculture, Plantation and Consumer Affairs Committee chairman Razali Saad said the initiative was part of the state government's ongoing efforts to mitigate the issue, which affects nearly 3,233ha of padi under the Muda Agricultural Development Authority (Mada).

"The main aim is to expedite the outflow of water from the fields so that padi crops are not damaged. With this measure, we hope to reduce the impact of floods on farmers whenever their fields are inundated.

"Such incidents typically occur during heavy rains from May to June and September to November," he told reporters after inspecting sites in Kampung Telaga Haji Latif, Kampung Telok and Kampung Paloh in Guar Sanji today with Mada representatives.

He said past floods had highlighted the urgent need to expedite long-planned drainage upgrades in the area. "We expect the project to begin next month and be completed by May next year," he said.

Razali added that the move would allow farmers to plant padi according to Mada's planting schedule, avoiding delays that could disrupt production.

"With these facilities in place, farmers, especially those in this area, will be able to follow the scheduled planting phases, which is crucial to improving yields," he said.

In November last year, continuous rainfall over several days inundated 3,233ha of padi fields in Mada's Zone I territory in Perlis.

The floods damaged a large portion of crops, affecting 1,100 farmers and residents, some of whom had to bear the additional cost of replanting.

Empangan Bukit Merah kritikal, bekalan air ke sawah padi dihentikan - JPS Perak

KUALA LUMPUR: Paras air di Empangan Bukit Merah, Perak, dilaporkan masih berada pada tahap kritikal dan mencapai status 'aras henti bekalan pengairan', sekali gus menjejaskan kelancaran bekalan air ke kawasan sekitar.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak dalam hantaran di Facebook, berkata setakat semalam, bacaan paras air mencatat 6.17 meter seperti ditetapkan prosedur operasi standard (SOP) pengendalian empangan dengan baki simpanan air sebanyak 8.0351 juta meter padu (14.75 peratus).

Katanya, keadaan itu memaksa bekalan air ke sawah padi dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada pembekalan air mentah kepada penduduk sekitar.

"Kita berharap semua pihak mendoakan hujan segera bagi menambah simpanan air empangan yang dapat memulihkan bekalan pengairan ke sawah padi semula," katanya.

Sebelum ini bacaan air Empangan Bukit Merah mencatatkan peningkatan daripada 6.03 meter kepada 6.096 meter sehari selepas Operasi Pembenihan Awan (OPA) dilaksanakan yang menghasilkan hujan di beberapa kawasan terbabit.

JPS Perak memaklumkan, kapasiti simpanan empangan turut meningkat daripada 6.65 juta meter padu (12.2 peratus) kepada 7.25 juta meter padu (13.31 peratus).
 

Bagaimanapun, status semasa empangan masih di tahap aras henti bekalan pengairan seperti ditetapkan dalam SOP sedia ada.

Peningkatan simpanan kolam empangan itu sedikit sebanyak membantu memanjangkan tempoh bekalan air bagi keperluan domestik, namun bekalan air bagi tujuan pengairan ke Rancangan Pengairan Kerian masih belum dapat dimulakan semula.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search