OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Engagement with Myanmar military for humanitarian aid, not recognition - Bakri MP

KUALA LUMPUR: Malaysia’s recent humanitarian engagement with Myanmar’s military leadership does not constitute political recognition of the junta but is a time-sensitive and pragmatic effort to deliver aid following a deadly earthquake.

Member of Parliament for Bakri, Tan Hong Pin, in a statement on Thursday (April 17) said that while Malaysia acknowledges the importance of engaging with all relevant stakeholders -- including Myanmar’s National Unity Government (NUG) and the National Unity Consultative Council (NUCC) -- it is imperative to emphasise that the current interaction with the military authorities is strictly humanitarian in nature.

“It does not signal political recognition of the junta. Instead, it is a pragmatic and time-sensitive effort to facilitate the effective delivery of aid to those most affected by the recent 7.7 magnitude earthquake, which has claimed over 3,600 lives and left more than 6.3 million people in need,” he said.

The response comes following criticism from former Foreign Minister Datuk Seri Saifuddin Abdullah, who questioned Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s engagement with Myanmar’s military leadership during the recent humanitarian mission.

Tan said Saifuddin’s remarks overlooked the core purpose of the visit, which was to ensure urgent life-saving assistance could be extended to those impacted by the natural disaster.
 
“While we respect differing views on foreign policy approaches, it is crucial to distinguish between political posturing and urgent humanitarian action,” he said.

He further clarified that Anwar’s visit was not a deviation from ASEAN’s collective stance, but rather “a move made with the full knowledge and support of ASEAN leaders, driven by the pressing need to deliver humanitarian assistance to the people of Myanmar”.

Tan acknowledged that during Saifuddin’s tenure as Foreign Minister under the previous administration, Malaysia had maintained a policy of non-engagement with the Myanmar junta.

However, he emphasised that current conditions called for a humanitarian rather than political response. “This is not about legitimising any regime. It is about saving lives and ensuring that aid reaches those who need it most,” he added.

The humanitarian mission, which aligns with Malaysia’s pledge of RM10 million in aid, includes the deployment of the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART).

Anwar’s discussions also aimed at extending the ceasefire between the military and rebel groups to ensure safe and unhindered relief operations.
 

“Malaysia remains firmly committed to the ASEAN Five-Point Consensus and continues to advocate for a peaceful, inclusive and democratic resolution to the crisis in Myanmar.

“However, in times of natural disaster, political considerations must not impede life-saving aid efforts,” Tan stated.

He urged all stakeholders, both within and beyond ASEAN, to support efforts that prioritise the welfare of the Myanmar people and to respond to the humanitarian crisis with unity and responsibility.

On March 30, 50 SMART personnel, comprising members from the Malaysian Armed Forces, Royal Malaysia Police, and Fire and Rescue Department, were dispatched to Myanmar to assist in search and rescue operations following the earthquake.

 

Libat urus dengan tentera Myanmar untuk bantuan kemanusiaan, bukan pengiktirafan

KUALA LUMPUR: Pembabitan Malaysia dengan pihak tentera Myanmar baru-baru ini adalah semata-mata bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan pasca gempa bumi dan tidak membawa maksud pengiktirafan politik terhadap junta negara itu.

Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin dalam satu kenyataan berkata walaupun Malaysia mengiktiraf kepentingan berinteraksi dengan semua pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar (NUG) dan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC), interaksi semasa dengan pihak tentera adalah bersifat kemanusiaan semata-mata.

"Ia tidak membawa maksud pengiktirafan politik terhadap junta, sebaliknya merupakan usaha pragmatik dan segera untuk memastikan bantuan sampai kepada mangsa bencana gempa bumi 7.7 magnitud yang telah meragut lebih 3,600 nyawa dan menjejaskan lebih 6.3 juta penduduk," katanya.

Kenyataan itu sebagai respons terhadap kenyataan bekas Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang mempersoalkan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Junta Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing pada hari ini mengenai misi bantuan kemanusiaan ke negara itu.

Tan berkata kenyataan Saifuddin mengetepikan tujuan utama lawatan itu iaitu bagi memastikan bantuan kecemasan dapat disalurkan kepada mangsa bencana.

"Walaupun kita menghormati perbezaan pandangan terhadap pendekatan dasar luar, penting untuk membezakan antara pendirian politik dan tindakan kemanusiaan yang mendesak," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa lawatan Anwar tidak menyimpang daripada pendirian bersama ASEAN, sebaliknya dibuat dengan pengetahuan dan sokongan pemimpin ASEAN lain atas dasar keperluan mendesak untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

Tan mengakui bahawa semasa Saifuddin menjadi Menteri Luar, Malaysia mengekalkan dasar tidak berhubungan dengan junta Myanmar, namun menegaskan keadaan semasa memerlukan pendekatan berasaskan kemanusiaan, bukan politik.

"Ini bukan soal mengiktiraf mana-mana rejim. Ini soal menyelamatkan nyawa dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang amat memerlukannya," katanya.

Misi kemanusiaan itu adalah selaras dengan komitmen Malaysia untuk menyalurkan bantuan berjumlah RM10 juta, termasuk penghantaran Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART).

Perbincangan Anwar juga bertujuan memanjangkan gencatan senjata antara pihak tentera dan kumpulan penentang bagi memastikan operasi bantuan berjalan lancar dan selamat.

"Malaysia kekal komited terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN dan terus menyokong penyelesaian krisis Myanmar secara aman, inklusif dan demokratik.

"Namun dalam keadaan bencana alam, pertimbangan politik tidak seharusnya menghalang usaha menyelamatkan nyawa," katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak berkepentingan, dalam dan luar ASEAN, agar menyokong usaha yang mengutamakan kebajikan rakyat Myanmar dan memberi respons terhadap krisis kemanusiaan dengan penuh tanggungjawab.

Pada 30 Mac lalu, seramai 50 anggota SMART yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dihantar ke Myanmar bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi. – BERNAMA

1,089 ketua isi rumah terima bantuan banjir fasa rayuan

JOHOR BAHRU: Seramai 1,089 Ketua Isi Rumah (KIR) fasa rayuan menerima bantuan khas kewangan bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL) gelombang kelima, yang mula disalurkan hari ini dan esok.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata KIR ini adalah mangsa banjir yang terjejas tetapi tidak mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS).

Permohonan yang dihantar dalam tempoh rayuan menerusi Pejabat Daerah telah diluluskan dan 1,089 KIR mendapat RM3,000.

"Kerajaan Negeri Johor mengambil langkah proaktif dengan menyalurkan pembayaran secara berfasa bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secepat mungkin kepada mangsa yang terjejas, di mana fasa pertama pembayaran telah dilaksanakan pada 27 Mac lalu.

"Bagi fasa kedua, sejumlah RM3.267 juta telah diperuntukkan yang mana sebanyak RM3,000 akan disalurkan pada hari ini dan esok kepada setiap 1,089 KIR yang telah mengemukakan rayuan di enam Pejabat Daerah hingga 11 April lalu.

"Bantuan ini adalah hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ)," katanya dalam kenyataan hari ini.
 

Menurut Onn Hafiz, bagi mangsa banjir yang terjejas tetapi tidak mendaftar di PPS masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan bagi pertimbangan bantuan sehingga akhir April ini.

Katanya permohonan boleh dibuat di Pejabat Daerah yang terlibat iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, dan Batu Pahat.

 

No weather woes for MetMalaysia

PETALING JAYA: Malaysia is not fully reliant on US meteorological data as it has various sources for weather information, said the Malaysian Meteorological Depart­ment (MetMalaysia).

In response to questions from The Star on whether recent major staff cuts at the US National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) would affect Malaysia’s weather prediction capabilities, MetMalaysia clarified that it would not.

“There are various sources to obtain information on weather forecasting.

“Therefore, MetMalaysia does not rely fully on US systems,” said its director-general Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

 

MetMalaysia utilises information from various global models operated by meteorological centres such as the United States-based Global Forecast System and the National Centers for Environ­mental Prediction, he explained.

“We also rely on data from the UK Met Office, China Meteor­ological Administration, Japan Meteorological Agency, Korea Meteorological Administration and the European Centre for Medium-Range Weather Forecasts,” he added.

MetMalaysia’s clarification comes amid rising concerns in Asia that potential disruptions in US weather data could undermine regional weather forecasting and disaster preparedness.

The concern follows news reports last month of major disruptions at the NOAA due to US President Donald Trump’s push to reduce the federal workforce, leading to more than 1,000 employees being dismissed or resigning.

According to the reports, data from US satellites and climate models from institutions such as the National Aeronautics and Space Administration and NOAA are widely used across Asia for research and operational forecasts.

Asked whether Malaysia would be able to sustain forecasting efforts without continuous input from US systems, Mohd Hisham said MetMalaysia is capable of operating with alternative international models.

“It has been running its own numerical weather prediction systems since 2005,” he noted.

Hisham added that the outputs from these models are operationally used by the Irrigation and Drainage Department through the National Flood Forecasting and Warning Centre, as well as other disaster management agencies in and outside Malaysia.

 

Paip gas bawah tanah meletup di Putra Heights dijumpai, kini dianalisa forensik

RAWANG – Polis telah menemui paip gas bawah tanah yang meletup di Putra Heights dan sedang dianalisa oleh pasukan forensik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, analisa itu dijalankan pelbagai pihak seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Menurut beliau, laporan awal kebakaran itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh seminggu lagi.

“Daripada pihak polis, siasatan masih berjalan dari segi kecuaian atau pun khianat dan satu lagi siasatan bagi pihak DOSH masih berjalan dan begitu JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).

“Jadi kita tunggu dalam seminggu lagi kita akan keluarkan laporan awal. Ini kerana sudah mula hampir selesai dan kita sudah jumpa paip yang meletup.

“Jadi kajian forensik sedang berlaku sekarang ini dari forensi PDRM, DOSH bersama dengan forensik bomba di mana laporan awal dalam seminggu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Balai Polis Country Homes okeh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pada 1 April lalu, saluran paip gas milik Petronas terbakar dengan api menjulang lebih 30 meter dan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius, sekali gus menyebabkan pihak berkuasa mengambil masa selama hampir lapan jam untuk memadamkannya sepenuhnya.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah lagi terjejas serta mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.

Dilaporkan, seramai 111 mangsa masih mendapatkan rawatan di beberapa hospital termasuk Hospital Serdang, Hospital Cyberjaya serta Hospital Putrajaya. – MalaysiaGazette

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search