OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Hujan lebat, ribut landa beberapa daerah di Kedah

Hujan lebat, ribut landa beberapa daerah di Kedah

ALOR SETAR: Hujan lebat serta ribut dilaporkan membadai beberapa daerah di Kedah, malam ini, sehingga menyebabkan banyak pokok tumbang.

Ramai pengguna Facebook turut kongsikan kejadian itu yang menyaksikan angin kencang melanda termasuk di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Baling, Sik dan Yan.

Penduduk Tanjung Kapur di Jitra, Sofiah Yaakob, 50, berkata deruan angin kencang berserta hujan lebat kira-kira jam 8 malam itu agak menakutkan.

Malah, beliau berkata, insiden itu mengakibatkan laluan dari kampung berkenaan ke Jitra terhalang oleh pokok tumbang.

"Pasukan penyelamat kemudian dilihat turun ke lokasi untuk membersihkan laluan itu.

"Walaupun hujan sudah berhenti ketika ini, perasaan takut masih ada kerana tidak pernah melihat angin sekuat itu," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu penduduk Alor Setar, Shahrizal Hashim, 40, berkata ribut malam ini sangat kuat sehingga beliau terpaksa menangguhkan perjalanan pulang dari kerja.

Beliau sepatutnya bergerak pulang pada jam 8 malam tetapi terpaksa menunggu hingga jam 9.30 malam berikutan hujan lebat berserta angin kencang.

"Saya menunggang motosikal dari Jitra ke Alor Setar, jadi risau apabila melihat banyak kejadian ribut dikongsikan dalam media sosial.

"Kerana bimbangkan keselamatan diri, saya mengambil keputusan untuk menunggu dulu di tempat kerja dan terus balik selepas hujan reda," katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search