OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Rawatan awal COVID-19 kunci elak komplikasi lebih serius

Walaupun Malaysia telah banyak berjaya dalam melawan COVID-19, virus ini masih menjadi ancaman, terutamanya untuk golongan berisiko tinggi.¹

Varian-varian baru pernah menyebabkan peningkatan kes COVID-19, dan peningkatan ini boleh berulang pada masa hadapan.²

Oleh itu, penting untuk kita semua faham tentang risiko, simptom, dan langkah pencegahan yang perlu diambil.

Mitos mengenai COVID-19 perlu dibongkar Ramai yang beranggapan COVID-19 hanya menyebabkan gejala ringan, seperti selesema biasa.

Namun, sebenarnya, virus ini boleh menyebabkan komplikasi serius seperti radang paru-paru, kegagalan organ, dan bahkan kematian, terutamanya dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.3-5

Menganggap COVID-19 seperti selesema biasa boleh menimbulkan risiko besar. Ada juga yang berfikir mereka hanya perlu ke hospital apabila sudah terlalu sakit.

Sebenarnya, tanggapan seperti ini sangat berbahaya kerana rawatan awal adalah kunci untuk mencegah komplikasi yang lebih serius.6Jika dibiarkan tanpa rawatan, virus ini boleh merosakkan organ tubuh dengan cepat, meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lebih serius.5,6

Jadi, sebaiknya dapatkan nasihat perubatan dengan segera atau terus ke pusat kesihatan terdekat sebaik sahaja simptom muncul.

Langkah pencegahan yang penting

Walaupun vaksin dapat mengurangkan risiko kesan serius akibat COVID-19, ia tidak memberikan perlindungan sepenuhnya.5

COVID-19 terus bermutasi, dan varian baru seperti Omicron dan XBB menunjukkan kita masih boleh dijangkiti walaupun telah divaksin.7

Jadi, vaksin bukanlah langkah pencegahan yang cukup.Langkah-langkah lain seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal, dan melakukan ujian secara berkala tetap penting, terutama di kawasan dengan penularan tinggi atau apabila berinteraksi dengan golongan berisiko tinggi.8,9

Ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri sendiri dan orang tersayang daripada jangkitan yang lebih serius.9

Pentingnya saringan awal Salah satu cabaran utama dalam mengawal penularan COVID-19 adalah kelewatan dalam ujian dan diagnosis.10

Sistem kesihatan akan lebih berkesan jika pesakit menjalani ujian secepat mungkin.11

Rawatan COVID-19 yang dimulakan lebih awal dapat mengurangkan risiko komplikasi serius dan membantu pemulihan lebih awal.6

Jika anda rasa tak sihat atau ada simptom COVID-19, segera hubungi pusat kesihatan atau lakukan ujian untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.6

Bagi konsultasi kesihatan jarak jauh, perkhidmatan telekesihatan seperti BookDoc juga boleh digunakan untuk mendapatkan nasihat perubatan tanpa perlu keluar rumah.

Untuk maklumat lanjut mengenai langkah pencegahan dan rawatan COVID-19, layari www.knowplango.my/.

Maklumat dalam artikel ini adalah bagi tujuan pendidikan sahaja. Sila rujuk pengamal perubatan untuk sebarang pertanyaan berkaitan kesihatan atau penyakit anda.

 

Rujukan:

1. Spinner CD, et al. Adv Ther. 2025;42(2):666-719.

2. Ramesh S, et al. Vaccines. 2021;9(10):1195.

3. Mayo Clinic. Coronavirus disease 2019 (COVID-19). Updated 20 September 2024. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/symptoms-causes/syc- 20479963. Accessed 7 March 2025.

4. Cleveland Clinic. COVID Pneumonia. Updated 8 October 2022. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/24002-covid-pneumonia. Accessed 7 March 2025.

5. World Health Organization. Coronavirus disease (COVID-19). Updated 9 August 2023. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/coronavirus-disease-(covid-19). Accessed 7 March 2025.

6. Centers for Disease Control and Prevention. Types of COVID-19 Treatment. Updated 20 November 2024. https://www.cdc.gov/covid/treatment/index.html. Accessed 7 March 2025.

7. Haque A &Pant AB. J Autoimmun. 2022;127:102792.

8. Patel MD, et al. JAMA Netw Open. 2021;4(6):e2110782.

9. Mayo Clinic. COVID-19: Who's at higher risk of serious symptoms? Updated 30 April 2024. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/in-depth/coronavirus- who-is-at-risk/art-20483301. Accessed 7 March 2025.

10. Ga'al A, et al. J Assoc Med Microbiol Infect Dis Can. 2024;8(4):299-308.

11. BMJ Best Practice. Coronavirus disease 2019 (COVID-19) – Approach. https://bestpractice.bmj.com/topics/en-us/3000168/diagnosis-approach. Accessed 7 March 2025.

Lebih 10 terperangkap dua tanah runtuh di China

BEIJING: Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat bagi membantu hampir 12 mangsa yang terperangkap dalam dua kejadian tanah runtuh di wilayah Guizhou, barat daya China.

Menurut stesen penyiaran negara, CGTN, lebih 10 orang dilaporkan terperangkap selepas dua kejadian tanah runtuh melanda Dafang di wilayah Guizhou, hari ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar pukul 3 pagi dan 9 pagi (waktu tempatan).

Dua orang terperangkap di kawasan Changsil, manakala beberapa lagi terperangkap di kampung Qinyang di bandar Guowa, lapor agensi berita Xinhua.

Bagaimanapun, operasi menyelamat di Guowa mengalami kesukaran disebabkan cerun yang curam dan kawasan berbukit.

Kementerian Pengurusan Kecemasan China segera mengaktifkan tindak balas kecemasan Tahap-IV bagi bencana geologi dan menghantar pasukan kerja ke lokasi kejadian untuk membantu operasi menyelamat.

 Kementerian itu menggesa agar usaha segera dilakukan untuk mengesahkan situasi sebenar dan berwaspada terhadap kemungkinan berlaku bencana sekunder.

Hujan lebat landa 11 negeri malam ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir ekoran jangkaan hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri malam ini.

Menurut MetMalaysia, antara negeri terlibat adalah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

“Cuaca buruk itu turut melanda seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Bagi Kelantan, kawasan dijangka mengalami hujan lebat ialah Jeli manakala, Terengganu melibatkan daerah Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu,” lapor MetMalaysia.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk malam ini melibatkan negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron) dan Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).

“Amaran sama juga di beberapa daerah di Johor iaitu Segamat, Mersing dan Kota Tinggi,” kata MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, Sarawak turut dijangka mengalami hujan lebat di kawasan Sibu, Kapit (Song dan Kapit) dan Limbang.

Cuaca sama turut melanda Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Nabawan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod). – KOSMO! ONLINE.

Hujan lebat sebabkan banjir di Hunan, Tengah China

CHANGSHA, 22 Mei: Hujan lebat melanda beberapa bahagian di Wilayah Hunan, Tengah China bermula pada malam Rabu, menyebabkan banjir dan mendorong pemindahan penduduk, lapor Xinhua.

Hujan lebat melanda bandar Zhangjiajie dan Changde di Hunan dengan hujan yang amat lebat dilaporkan di beberapa bahagian Daerah Cili di Zhangjiajie dan Daerah Taoyuan di Changde, yang menyebabkan banjir.

Di Kampung Shejiaping, Daerah Taoyuan, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir menjelang pagi Khamis. Pihak berkuasa tempatan mengatur pemindahan penduduk di kawasan berisiko.

Pusat Tinjauan meteorologi wilayah Hunan menaikkan tahap amaran hujan lebat kepada tahap jingga pada pagi Khamis. China mempunyai sistem amaran cuaca berwarna empat peringkat, dengan merah mewakili amaran paling serius, diikuti dengan jingga, kuning dan biru. -TVS

MetMalaysia to conduct tsunami siren test at Miri’s Luak Esplanade tomorrow

MIRI (May 22): The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) will be conducting a full-scale test of its upgraded tsunami siren system at Luak Esplanade here between 9am and noon tomorrow (May 23).

This initiative is part of a broader commitment by MetMalaysia to improve early warning systems across coastal areas vulnerable to seismic and tsunami activity, said its Miri supervisor Freddie Anit in a statement.

“The newly enhanced siren system is now a fully operational component of the National Tsunami Early Warning System.

“The upgrade is designed to further strengthen the existing early warning infrastructure in Miri, supporting more efficient and timely disaster management and prevention measures,” he said.

Freddie said during the testing period, loud voice messages and sirens will be broadcast at full volume and are expected to be heard within a 3km radius of the siren location.

He advised the public not to be alarmed by the siren sounds during this scheduled test.

To avoid unnecessary panic, MetMalaysia called on community leaders, government departments and agencies, and emergency response stakeholders to help disseminate information regarding the test to the public.

There are currently three tsunami siren systems here, with the other two located at the Miri City Council car park and in front of New World Mart in Lutong.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search