OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Pakistan bersedia hadapi hujan lebat, angka korban meningkat kepada 749

ISLAMABAD: Pakistan dijangka menerima lebih banyak hujan lebat dalam beberapa hari akan datang dan pihak berkuasa memberi amaran tentang kemungkinan banjir di kawasan bandar, ketika negara itu sedang bergelut dengan kesan hujan monsun sebelum ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Tiga sistem cuaca berbeza di Pakistan akan menyebabkan hujan lebat dalam tempoh 15 hari akan datang,“ kata Tayyab Shah daripada Pihak Berkuasa Pengurusan BencanaNegara (NDMA) pada Rabu.

Hujan lebat di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa telah menyebabkan kematian dan kemusnahan yang meluas. Setakat ini, terdapat tujuh fasa hujan monsun pada musim ini.

Fasa kelapan dijangka bermula pada 23 Ogos dan boleh menjejaskan hampir seluruh negara, terutamanya wilayah selatan Sindh.

Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan (NEOC) NDMA memberi amaran mengenai hujan lebat antara 50 hingga 100 milimeter atau lebih di beberapa bahagian Sindh dalam tempoh 24 jam akan datang.

Menurut NDMA, jumlah korban akibat insiden berkaitan hujan sejak 26 Jun, telah meningkat kepada 749 orang dengan tambahan 42 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Majoriti kematian, iaitu 446, dilaporkan di Khyber Pakhtunkhwa dengan pasukan penyelamat sedang mencari lebih 150 orang yang hilang pada hujung minggu lalu.

Terdahulu pada hari yang sama, Perdana Menteri Shehbaz Sharif melawat kawasan yang dilanda banjir dan meninjau operasi bantuan.

“Semua sumber negara yang ada akan digerakkan untuk mempercepat usaha pemulihan dan mengembalikan keadaan seperti biasa di kawasan terjejas,“ kata Sharif, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya- BERNAMA-dpa

12 rumah kedai musnah terbakar di Semerah

BATU PAHAT: Sekurang-kurangnya 12 daripada 15 rumah kedai berusia lebih 40 tahun musnah dalam kebakaran di Pekan Semerah di sini, petang tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 7 petang menyebabkan puluhan penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barang berharga.

Difahamkan, api bermula dari kedai jahit sebelum merebak dengan pantas dan menyambar beberapa lagi kedai bersebelahannya.

Hanya dalam tempoh 10 minit, api marak dengan cepat berikutan kesemua rumah kedai diperbuat daripada kayu sepenuhnya.

Difahamkan, ketika kejadian kebanyakan kedai masih beroperasi dan lazimnya ditutup pada jam 8 malam.

Ketika kejadian, kebanyakan penduduk setempat sedang minum petang sebelum melihat kepulan asap hitam disusuli api menjulang tidak lama selepas itu.
 

Kebakaran itu juga menyebabkan laluan kedua-dua arah untuk ke Batu Pahat atau Muar ditutup bagi membolehkan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Penguasa Ayub Majid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.02 petang.

Katanya, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat dan Penggaram ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Operasi pemadaman masih dijalankan. Kebakaran membabitkan beberapa kedai dua tingkat yang diperbuat daripada kayu," katanya.

 

86 penghuni Rumah Panjang Jantun di Ulu Krian hilang tempat tinggal

SARATOK, 20 Ogos: Seramai 86 penghuni Rumah Panjang Jantun, Nanga Belangun, Ulu Krian, di sini hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kejadian kebakaran tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 1.35 petang sebelum sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang 16 pintu. Pasukan operasi segera melakukan pemadaman dengan membentang dua aliran hos sepanjang 400 kaki menggunakan tiga nozel serta satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Kejadian tersebut menyebabkan rumah separa kekal dua tingkat berkenaan musnah kira-kira 80 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Turut serta dalam operasi yang diketuai Ketua BBP Saratok, PPgB Putra Ila ialah dua Pegawai Kanan Zon Sri Aman, PgB Muhammad Rais Adham Rosalan dan PPgB Muhammad Adam Amran.

Selain itu, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Saratok seramai empat orang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (8), Jabatan Kebajikan Masyarakat (3), Pejabat Daerah Saratok (6), RELA (5) serta kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (3) turut berada di lokasi bagi membantu mangsa. – TVS

Pesawat terhempas, 9 maut, hanya simulasi – Parum

LIMBANG, 20 Ogos: Sebuah pesawat mengalami kemalangan di landasan Lapangan Terbang Limbang hari ini menyebabkan sembilan maut, 26 lagi penumpang cedera parah.

Insiden kemalangan itu menimbulkan suasana panik, apabila agensi kerajaan dan pihak hospital cuba membantu merawat dan menghantar mangsa yang cedera parah ke hospital.

Terdapat ahli keluarga mangsa yang terlibat tidak dapat menahan kesedihan dan cuba merempuh lapangan terbang untuk mendapatkan perkembangan terkini penumpang yang cedera.

Bagaimanapun keadaan tersebut merupakan ‘insiden’ simulasi dan latihan amal kesiapsiagaan menghadapi sebarang bencana.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, detik kemalangan ini cuma latihan yang lazim diadakan melibatkan petugas daripada agensi kerajaan yang terlibat.

Parum berkata, latihan itu dilaksanakan bagi menguji Pelan Tindakan Kecemasan Airpot Limbang dan penyelarasan tugas setiap agensi untuk persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

“Latihan amal ini bertujuan menguji keberkesanan pelan tindakan kecemasan, menguji koordinasi setiap agensi dan bantuan terlibat dan menguji keberkesanan komunikasi pusat kawalan kecemasan ketika berdepan situasi sebenar,” katanya pada Simulasi dan Latihan Amal Kemalangan Kapal Terbang di Lapangan Terbang Limbang hari ini.

Turut sama ialah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Tawang Lingem dan Pengurus Lapangan Terbang Limbang, Shaziana Mohd Sahrill. -TVS.

Eight Bintulu organisations receive disaster relief aid totalling RM40,000

BINTULU (Aug 21): A total of RM40,000 in disaster relief aid was presented Tuesday to eight recipient bodies, with each receiving RM5,000 to aid recovery efforts.

The aid was presented by Bintulu district officer Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan, who also serves as district disaster management committee chairman, in a simple ceremony at the district office.

He said the assistance reflects the government’s concern for the people while ensuring that aid is channelled transparently and to communities most in need.

“This aid is one of the government’s efforts to ensure that affected communities can recover from the recent disasters here.

“Although the amount may not be large, we hope it will help speed up recovery and provide moral encouragement to the recipients,” he was quoted as saying in a Sarawak Public Communications Unit report.

The recipients were the village security and development committees of Kuala Segan, Kampung Kemunting, Kampung Sungai Plan, and Rumah Munte Nuil; Methodist Ming Ong Church; Masjid Daerah Bintulu; Masjid Darul Yakin; and Masjid Al-Mutaqqin Kampung Sungai Plan Lot.

According to the report, the financial assistance is to be used for the restoration of basic facilities and infrastructure repair.

It added that the Bintulu District Office reaffirmed the government’s commitment to prioritising the people’s welfare and to work closely with relevant agencies to provide further assistance when necessary.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search