SHAH ALAM: Sumber air Selangor dianggarkan mampu bertahan sehingga sembilan bulan dalam menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) serta fenomena El Nino yang dijangka berlarutan hingga September ini.
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata kerajaan negeri mengambil maklum bahawa dalam tempoh MBD, kadar taburan hujan lazimnya lebih rendah berbanding bulan-bulan lain danfenomena El Nino berpotensi memberi tekanan kepada sumber air negeri.
Justeru katanya, kerajaan negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan agensi berkaitan telah menggerakkan pelbagai langkah kesiapsiagaan secara menyeluruh bagi memastikan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan kesinambungan bekalan air sepanjang tempoh cuaca kering ini.
"Sehingga 7 Julai 2026, kapasiti ketujuh-tujuh empangan negeri adalah baik dan melebihi 75 peratus, dengan jangka hayat kapasiti keseluruhan empangan dianggarkan sekitar tiga hingga enam bulan.
"Paras air empangan di Selangor dijangka kekal stabil dalam beberapa bulan akan datang melalui kawalan pelepasan air empangan oleh LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berdasarkan keperluan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA).
"Ini selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Musim Kering Negeri Selangor.
"Pelepasan air empangan dilaksanakan secara 'conjunctive' dengan operasi pengepaman air dari kolam sumber air alternatif mengikut kriteria yang ditetapkan bagi meningkatkan jangka hayat takungan empangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, lebih 140 kolam sumber air alternatif dan beberapa bekas lombong di bawah Selangor Off River Storage Scheme (SORSS) sudah dikenal pasti mengikut lembangan sungai untuk dinaik taraf dengan infrastruktur bekalan air bagi meningkatkan kapasiti simpanan air mentah.
"Secara keseluruhannya, kesediaan sumber air negeri dianggarkan mampu bertahan sehingga sembilan bulan bagi menghadapi Monsun Barat Daya dan fenomena El Niño," katanya.
Mengulas lanjut, Jamaliah berkata, LUAS turut mengambil inisiatif mengoptimumkan penggunaan air bumi sebagai sumber alternatif kepada air terawat, terutama bagi sektor industri melalui pelesenan Abstraksi Sumber Air bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat ketika musim kering.
Jelasnya, setakat ini, tiga telaga air bumi telah dibina di kawasan Hulu Selangor untuk kegunaan khususnya semasa musim kering.
"Operasi pembenihan awan (OPA) di Selangor akan dilaksanakan sekiranya kapasiti air empangan menurun ke paras 50 peratus, dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan MET Malaysia bagi meningkatkan kapasiti empangan.
"Pemantauan kualiti sumber air turut diperkasakan menerusi pemantauan 24 jam tanpa henti di Lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang bagi mengawal serta mengawasi insiden pencemaran sumber air yang berisiko menjejaskan operasi LRA," katanya.
SHAH ALAM – Kapasiti tujuh empangan di Selangor melebihi 75 peratus dengan jangka hayatnya dianggarkan antara tiga hingga enam bulan.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, pihaknya mengambil maklum negara kini memasuki kemuncak Monsun Barat Daya (MBD) yang dijangka berlarutan hingga September depan.
Menurutnya, kadar taburan hujan di Selangor kini lebih rendah berikutan keadaan angin membawa udara lebih kering sekali gus menyebabkan peningkatan bilangan hari tanpa hujan.
“Melihat potensi tekanan kepada sumber air negeri, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan agensi berkaitan menggerakkan pelbagai langkah kesiapsiagaan sepanjang tempoh cuaca kering ini.
“Sehingga 7 Julai lalu, kapasiti tujuh empangan di Selangor adalah baik dan paras air dijangka kekal stabil dalam beberapa bulan menerusi kawalan pelepasannya,” katanya petang ini.
Beliau berkata, lebih 140 kolam sumber air alternatif dan beberapa bekas lombong di bawah Selangor Off River Storage Scheme (SORSS) dikenal pasti mengikut lembangan sungai untuk dinaik taraf bagi infrastruktur bekalan air.
Tambahnya, pelaksanaan SORSS membolehkan penggunaan sumber air alternatif dioptimumkan dengan keupayaan bekalan sehingga tiga bulan melalui pengepaman air kolam ke sungai menggunakan pam mudah alih.
“Kesediaan sumber air negeri keseluruhannya dianggarkan mampu bertahan sehingga sembilan bulan bagi menghadapi El Nino dan Monsun Barat Daya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE
SHAH ALAM: Kapasiti sumber air Selangor dianggarkan mampu bertahan sehingga sembilan bulan bagi menghadapi Monsun Barat Daya dan fenomena El Nino yang dijangka berlarutan hingga September ini.
EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, berkata kapasiti tujuh empangan di negeri itu melebihi 75 peratus setakat hari ini, dengan jangka hayat bekalan air dianggarkan antara tiga hingga enam bulan menerusi kawalan pelepasan mengikut keperluan loji rawatan air (LRA).
"Paras air empangan di Selangor dijangka kekal stabil dalam beberapa bulan akan datang melalui kawalan pelepasan air empangan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berdasarkan keperluan muka sauk LRA serta selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Pengurusan Musim Kering Negeri Selangor.
"Pelepasan air empangan dilaksanakan secara 'conjunctive' dengan operasi pengepaman air dari kolam sumber air alternatif mengikut kriteria yang ditetapkan bagi meningkatkan jangka hayat takungan empangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jamaliah berkata, lebih 140 kolam sumber air alternatif dan beberapa bekas lombong di bawah Selangor Off River Storage Scheme (SORSS) dikenal pasti mengikut lembangan sungai untuk dinaik taraf bagi meningkatkan kapasiti simpanan air mentah.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengaktifkan pelan mitigasi strategik melalui pengawasan rapi LUAS bagi memastikan kestabilan bekalan air mentah di semua empangan utama negeri terus terjamin dalam mendepani risiko cuaca panas ekstrem ekoran kemuncak Monsun Barat Daya.
Dalam pada itu, katanya, operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di Selangor dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sekiranya kapasiti empangan menurun ke paras 50 peratus.
Selain itu, bagi menjamin keselamatan operasi LRA daripada sebarang insiden pencemaran, beliau berkata, pemantauan kualiti air kini diperkasakan menerusi operasi rondaan 24 jam serta pensampelan secara berterusan di lembangan sungai utama.
Katanya, LUAS juga akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan berisiko seperti kawasan perindustrian bagi memastikan tiada pelepasan efluen yang tidak mematuhi peraturan, khususnya ketika musim kering yang boleh meningkatkan kepekatan bahan pencemar dalam sumber air.
IT IS still too early to determine whether Malaysia will face disruptions to water supply or agriculture despite forecasts of a stronger El Niño later this year.
National Disaster Management Agency (NADMA) DG Meor Ismail Meor Akim said current projections remain long-range forecasts and government agencies will continue refining their preparations as weather models become more accurate over the coming months.
“Six-month forecasts are still projections. The closer we get, the more accurate the data will be,” he said during a media engagement today.
Meor Ismail said climate forecasts become progressively more reliable over shorter periods, including three months, one month, one week and several days before an event.
He added that any decision on specific mitigation measures would depend on updated forecasts closer to the expected impact period.
At the same time, he said Malaysia would first have to manage the Northeast Monsoon at the end of the year before the delayed effects of El Niño are expected to become more apparent early next year.
“By then, we will actually be in the Northeast Monsoon, which is the rainy season. So we are preparing for the Northeast Monsoon first, not just El Niño,” he said.
Nonetheless, he said agencies are focusing on preparedness by coordinating resources, monitoring weather developments and strengthening inter-agency response plans.
Preparations will continue to be adjusted according to updated forecasts issued by the Malaysian Meteorological Department and other technical agencies over the coming months.
PUCHONG – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaksanakan lima tindakan utama penyelarasan sepanjang musim Monsun Barat Daya (MBD) bermula pertengahan Mei lalu dan dijangka berterusan sehingga September ini.
Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim berkata, ia adalah pendekatan kerajaan yang bukan lagi bersifat menunggu sesuatu insiden berlaku tetapi tindakan awal, pengurangan risiko serta kesiapsiagaan secara menyeluruh.
Menurutnya, NADMA memperkukuh pemantauan situasi secara berterusan serta penyampaian amaran awal kepada semua pihak berkepentingan.
“Melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (National Disaster Command Centre – NDCC) yang beroperasi 24 jam sehari, NADMA menyelaras pemantauan situasi semasa dengan menghimpunkan data dan maklumat daripada pelbagai agensi teknikal.
Meor menambah, hasil dapatan maklumat tersebut kemudiannya dikongsi kepada semua agensi berkaitan bagi membolehkan keputusan dibuat secara pantas, berasaskan data dan mengikut perkembangan situasi sebenar di lapangan.
“Saya juga ingin mengajak masyarakat dan rakan-rakan media untuk memuat turun aplikasi MyDIMS yang dibangunkan oleh NADMA sebagai platform maklumat bencana di hujung jari.
“Pengguna boleh menerima notifikasi secara masa nyata sekiranya berada dalam lingkungan 25 kilometer daripada lokasi bencana,” katanya ketika berucap di majlis sesi libat urus bersama media mengenai kesiapsiagaan kerajaan menghadapi Monsun Barat Daya 2026 di Markas SMART, Puchong, hari ini.
Meor turut memberitahu, tindakan utama penyelarasan sepanjang MBD juga melibatkan penyelarasan dan pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA).
Katanya, selain itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) diminta mempertingkatkan pemantauan di 83 lokasi titik panas berisiko tinggi berlaku kebakaran terbuka untuk tindakan pencegahan serta penguatkuasaan awal.
Fokus juga tertumpu kepada perlindungan kesihatan rakyat serta usaha menyebarkan maklumat dengan pantas kepada rakyat.
Tegas beliau, pengurusan risiko MBD tidak hanya diukur melalui jumlah operasi yang dilaksanakan sebaliknya, ia perlu diukur daripada pemahaman sebenar rakyat dengan memahami risiko, mengambil langkah berjaga-jaga dan kesan terhadap masyarakat dapat diminimumkan.
Terdahulu majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dato’ Sri Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Zamri Ramli dan pelbagai agensi lain. – MalaysiaGazette
