Apabila bencana berlaku, maklumat yang tepat dan tindakan pantas mampu menyelamatkan nyawa. Oleh itu, pastikan anda menyimpan nombor telefon agensi berkaitan supaya bantuan dan maklumat dapat diperoleh dengan segera apabila diperlukan.
Hubungi National Disaster Command Centre (NDCC) untuk penyelarasan operasi bencana, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bagi mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui talian 999 sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan bantuan segera.
Gunakan talian kecemasan secara bertanggungjawab dan hanya apabila benar-benar diperlukan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat kepada mereka yang berada dalam situasi kecemasan.
Bencana boleh berlaku tanpa diduga, namun risikonya dapat dikurangkan apabila masyarakat bersedia dan bertindak sebagai satu komuniti.
Melalui amalan Pengurangan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM), penduduk digalakkan mengenal pasti risiko di kawasan masing-masing, merancang langkah kesiapsiagaan serta bekerjasama sebelum, semasa dan selepas bencana.
Apabila setiap anggota komuniti memainkan peranan masing-masing, tindak balas dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, risiko dapat diminimumkan dan proses pemulihan menjadi lebih berkesan.
Bencana mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi risikonya boleh dikurangkan melalui perancangan, kesiapsiagaan dan tindakan yang berkesan.
Pengurangan Risiko Bencana (DRR) ialah pendekatan menyeluruh yang menumpukan kepada usaha pencegahan, mitigasi, kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan bagi mengurangkan kesan bencana terhadap nyawa, harta benda serta alam sekitar.
Membina komuniti yang lebih berdaya tahan bermula dengan kesedaran dan tanggungjawab bersama.
Bersama-sama, kita jadikan kesiapsiagaan sebagai budaya demi keselamatan semua.
Semua masyarakat digalakkan memainkan peranan dalam melindungi kanak-kanak daripada risiko strok haba. Guru, ibu bapa dan penjaga perlu memastikan murid sentiasa minum air yang mencukupi, mengurangkan aktiviti luar ketika cuaca terlalu panas serta peka terhadap tanda-tanda awal seperti keletihan melampau, muka merah, kurang fokus atau sesak nafas.
Mitos atau Fakta?
Kesiapsiagaan bencana bukan hanya bermula apabila bencana berlaku.
Hakikatnya, kesiapsiagaan bermula dengan pengetahuan yang tepat. Memahami fungsi sistem amaran awal, mengetahui peranan setiap pihak dan membina komuniti yang bersedia adalah kunci untuk mengurangkan risiko serta menyelamatkan nyawa apabila bencana melanda.
Melalui pendekatan pengurusan bencana yang menyeluruh, NADMA terus memperkukuh budaya kesiapsiagaan dengan meningkatkan kesedaran awam, memperkasakan komuniti dan menggalakkan tanggungjawab bersama dalam menghadapi sebarang bencana.
