OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

๐Ÿšจ Misi Hadapi Bencana Bermula Hari Ini!
ย 
Kesiapsiagaan bencana bukan sekadar tindakan ketika kecemasan berlaku. Setiap individu perlu tahu apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas bencana.
Kenalpasti risiko di kawasan anda, sediakan beg kecemasan, ketahui laluan pemindahan dan sentiasa ikuti arahan pihak berkuasa.
ย 
Semasa bencana, kekal tenang dan utamakan keselamatan. Selepas bencana pula, pastikan kawasan selamat, laporkan kerosakan dan bantu mereka yang memerlukan.
Previous Next

ย 
Kesiapsiagaan bencana bukan hanya tanggungjawab orang dewasa. Dengan pendedahan dan latihan yang betul, anak-anak juga mampu mengetahui langkah keselamatan asas untuk melindungi diri ketika berlaku kecemasan.
ย 
Ajar mereka menghafal nombor kecemasan, mengenali laluan keluar, mengetahui lokasi berkumpul yang selamat, sentiasa bertenang, mematuhi arahan orang dewasa serta mengenali beg kecemasan keluarga. Pengetahuan mudah ini dapat membantu mereka bertindak dengan lebih yakin dan selamat sekiranya berlaku bencana.
ย 
Mulakan didikan kesiapsiagaan dari rumah kerana setiap anak yang bersedia hari ini berpotensi menjadi wira yang melindungi diri dan membantu orang di sekeliling pada masa hadapan.
Previous Next

โฑ๏ธ 5 Minit Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa
ย 
Apabila amaran bencana dikeluarkan, setiap saat amat berharga. Tindakan pantas dalam tempoh lima minit pertama mampu mengurangkan risiko, melindungi diri serta menyelamatkan nyawa.
ย 
Segera capai beg siaga, bawa dokumen penting, telefon bimbit dan pengecas, pastikan semua ahli keluarga berkumpul, serta tutup bekalan elektrik dan gas sekiranya diarahkan. Berpindahlah ke lokasi selamat atau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila diarahkan dan sentiasa ikuti maklumat rasmi daripada NADMA, MET Malaysia serta pihak berkuasa.
Previous Next

Gempa bumi boleh berlaku tanpa amaran dan menyebabkan kerosakan, kecederaan serta kehilangan nyawa. Oleh itu, ketahui langkah keselamatan bagi melindungi diri dan orang di sekeliling.
ย 
Kekal tenang, amalkan prinsip ๐˜‹๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฑ, ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ, ๐˜๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฅ ๐˜–๐˜ฏ (Tunduk, Lindung, Pegang), jauhi tingkap dan objek yang boleh tumbang. Selepas gegaran berhenti, keluar melalui tangga ke kawasan terbuka dan ikuti arahan pihak berkuasa.
Previous Next

Gempa bumi berlaku apabila tenaga di dalam kerak Bumi dilepaskan secara tiba-tiba, menyebabkan gegaran pada permukaan bumi. Kejadian ini boleh mengakibatkan kerosakan harta benda, gangguan perkhidmatan, kecederaan, kehilangan nyawa serta berpotensi mencetuskan tsunami jika berlaku di dasar laut.
ย 
Sentiasa bersedia dengan mengetahui langkah keselamatan, menyediakan kit kecemasan dan mematuhi maklumat serta arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan diri, keluarga dan komuniti.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search