๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
ย
SK Seri Medan, Batu Pahat,28 Jun โ Malaysia terus memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana menerusi Majlis Peluncuran dan Simulasi Pengurusan Operasi Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) yang disempurnakan oleh YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Program ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan ketika berdepan situasi kecemasan.
ย
Anjuran NADMA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, program ini menampilkan simulasi operasi sebenar bagi menguji kesiapsiagaan petugas pelbagai agensi dalam melaksanakan SOP, menyelaras operasi serta menguruskan mangsa secara lebih sistematik, sekali gus memperkukuh fungsi PPKB sebagai pusat perlindungan yang lebih cekap dan berdaya tahan.
ย
PPKB SK Seri Medan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti Dewan Terbuka berkapasiti sehingga 500 mangsa, Dewan Makan dan Pentadbiran, Penginapan Warga Emas dan Mesra OKU , Surau berkapasiti 50 jemaah, tandas berasingan lelaki dan wanita serta Rumah Pam bagi memastikan operasi pemindahan dan kebajikan mangsa dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan teratur.
ย
Pelaksanaan PPKB ini mencerminkan usaha Malaysia memperkukuh sistem pengurusan bencana yang lebih moden dan proaktif. Melalui kerjasama erat pelbagai agensi, NADMA terus memainkan peranan penting dalam membina komuniti yang lebih bersedia, berdaya tahan dan mampu menghadapi sebarang bencana pada masa hadapan.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Orang ramai terus membanjiri Jualan Rahmah bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga lebih rendah dan penjimatan yang berbaloi.
๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐พ ๐ฟ๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฟ๐ฟ๐๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐ผ๐๐๐๐๐พ ๐ฟ๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐ฟ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฟ๐ฟ๐๐ ๐๐ผ๐๐ผ๐๐๐๐ | ๐๐-๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
Hari 7: 27 Jun 2026 | Lawatan ke Resilience Living Lab, Hulu Langat
ย
Sebagai aktiviti penutup, peserta dibawa melawat ๐๐ฆ๐ด๐ช๐ญ๐ช๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ ๐๐ช๐ท๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ฃ (๐๐๐) di Hulu Langat, sebuah inisiatif yang dibangunkan susulan tragedi banjir besar di Hulu Langat pada tahun 2021. Melalui lawatan ini, peserta didedahkan kepada pendekatan ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐ช๐ต๐บ-๐๐ข๐ด๐ฆ๐ฅ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ช๐ด๐ฌ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (๐๐๐๐๐) yang merangkumi aspek infrastruktur berdaya tahan, sistem amaran awal, penyelesaian berasaskan alam semula jadi, penempatan semula serta kesinambungan kehidupan komuniti. Lawatan ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kehidupan masyarakat setempat, di samping berpeluang menikmati juadah dan buah-buahan tempatan.
ย
******
ย
๐๐ข๐บ 7: 27 ๐๐ถ๐ฏ๐ฆ 2026 | ๐๐ช๐ด๐ช๐ต ๐ต๐ฐ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐๐ฆ๐ด๐ช๐ญ๐ช๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ ๐๐ช๐ท๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ฃ, ๐๐ถ๐ญ๐ถ ๐๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ต
ย
๐๐ด ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐ง๐ช๐ฏ๐ข๐ญ ๐ข๐ค๐ต๐ช๐ท๐ช๐ต๐บ ๐ฐ๐ง ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐ฑ๐ณ๐ฐ๐จ๐ณ๐ข๐ฎ๐ฎ๐ฆ, ๐ฑ๐ข๐ณ๐ต๐ช๐ค๐ช๐ฑ๐ข๐ฏ๐ต๐ด ๐ท๐ช๐ด๐ช๐ต๐ฆ๐ฅ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐๐ฆ๐ด๐ช๐ญ๐ช๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ ๐๐ช๐ท๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ฃ (๐๐๐) ๐ช๐ฏ ๐๐ถ๐ญ๐ถ ๐๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ต, ๐ข๐ฏ ๐ช๐ฏ๐ช๐ต๐ช๐ข๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐ฆ๐ด๐ต๐ข๐ฃ๐ญ๐ช๐ด๐ฉ๐ฆ๐ฅ ๐ง๐ฐ๐ญ๐ญ๐ฐ๐ธ๐ช๐ฏ๐จ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐ฎ๐ข๐ซ๐ฐ๐ณ ๐ง๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ฅ๐ด ๐ต๐ฉ๐ข๐ต ๐ด๐ต๐ณ๐ถ๐ค๐ฌ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐ข๐ณ๐ฆ๐ข ๐ช๐ฏ 2021. ๐๐ฉ๐ฆ ๐ท๐ช๐ด๐ช๐ต ๐ช๐ฏ๐ต๐ณ๐ฐ๐ฅ๐ถ๐ค๐ฆ๐ฅ ๐ฑ๐ข๐ณ๐ต๐ช๐ค๐ช๐ฑ๐ข๐ฏ๐ต๐ด ๐ต๐ฐ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐ช๐ต๐บ-๐๐ข๐ด๐ฆ๐ฅ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ช๐ด๐ฌ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (๐๐๐๐๐) ๐ข๐ฑ๐ฑ๐ณ๐ฐ๐ข๐ค๐ฉ, ๐ค๐ฐ๐ท๐ฆ๐ณ๐ช๐ฏ๐จ ๐ณ๐ฆ๐ด๐ช๐ญ๐ช๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ช๐ฏ๐ง๐ณ๐ข๐ด๐ต๐ณ๐ถ๐ค๐ต๐ถ๐ณ๐ฆ, ๐ฆ๐ข๐ณ๐ญ๐บ ๐ธ๐ข๐ณ๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐ด๐บ๐ด๐ต๐ฆ๐ฎ๐ด, ๐ฏ๐ข๐ต๐ถ๐ณ๐ฆ-๐ฃ๐ข๐ด๐ฆ๐ฅ ๐ด๐ฐ๐ญ๐ถ๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ด, ๐ณ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ต๐ต๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต, ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐ค๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐ช๐ต๐บ ๐ญ๐ช๐ท๐ฆ๐ญ๐ช๐ฉ๐ฐ๐ฐ๐ฅ ๐ค๐ฐ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐ถ๐ช๐ต๐บ. ๐๐ข๐ณ๐ต๐ช๐ค๐ช๐ฑ๐ข๐ฏ๐ต๐ด ๐ข๐ญ๐ด๐ฐ ๐จ๐ข๐ช๐ฏ๐ฆ๐ฅ ๐ง๐ช๐ณ๐ด๐ต-๐ฉ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐ช๐ฏ๐ด๐ช๐จ๐ฉ๐ต๐ด ๐ช๐ฏ๐ต๐ฐ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐ญ๐ฐ๐ค๐ข๐ญ ๐ค๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐ช๐ต๐บ'๐ด ๐ธ๐ข๐บ ๐ฐ๐ง ๐ญ๐ช๐ง๐ฆ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐ฉ๐ข๐ฅ ๐ต๐ฉ๐ฆ ๐ฐ๐ฑ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต๐ถ๐ฏ๐ช๐ต๐บ ๐ต๐ฐ ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ฐ๐บ ๐ญ๐ฐ๐ค๐ข๐ญ ๐ฅ๐ฆ๐ญ๐ช๐ค๐ข๐ค๐ช๐ฆ๐ด ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐ต๐ณ๐ฐ๐ฑ๐ช๐ค๐ข๐ญ ๐ง๐ณ๐ถ๐ช๐ต๐ด
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
JERUDONG, 25 Jun โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai Latihan Bencana Kebangsaan (LBK) Brunei 2026 sebagai Pemerhati dan Penilai bagi memperkukuh kerjasama strategik serta memperluaskan perkongsian kepakaran dalam pengurusan bencana antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
ย
Delegasi NADMA yang diketuai oleh DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, bersama PgKB I Arjunaidi Ismail telah mengikuti latihan selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Jun 2026 di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong. Latihan ini memberi tumpuan kepada pengujian kesiapsiagaan negara melalui ๐๐ข๐ฃ๐ญ๐ฆ-๐๐ฐ๐ฑ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (๐๐๐) yang menguji proses membuat keputusan, penyelarasan pelbagai agensi, komunikasi serta pengurusan insiden berdasarkan ๐๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ต๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ณ๐ฅ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ฐ๐ค๐ฆ๐ฅ๐ถ๐ณ๐ฆ (๐๐ข๐๐๐).
ย
Penyertaan NADMA bukan sahaja membuka ruang pertukaran pengalaman dan amalan terbaik bersama Negara Brunei Darussalam, malah mengukuhkan lagi kerjasama serantau dalam mempertingkat keupayaan pengurusan bencana yang lebih cekap, terselaras dan berdaya tahan bagi menghadapi cabaran bencana pada masa hadapan.
