๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
LANGKAWI, 2 Julai 2026 โ Rakyat mendapat manfaat melalui keupayaan agensi penyelamat yang sentiasa bersedia bertindak secara pantas, cekap dan bersepadu ketika berlaku bencana maritim, sekali gus meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa serta mengurangkan impak kepada komuniti.
ย
Keupayaan ini turut memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana yang semakin kompleks, di samping memastikan koordinasi antara pelbagai agensi sentiasa berada pada tahap terbaik bagi melindungi keselamatan rakyat dan kepentingan negara.
ย
Usaha tersebut diterajui oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi pelaksanaan ๐๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (๐๐๐๐๐) ๐๐ข๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ฐ๐ฏ๐ฐ๐ฌ2026, yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik bagi menguji operasi mencari dan menyelamat (SAR), ๐๐ข๐ด๐ด ๐๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (๐๐๐),pengurusan tumpahan minyak serta pengaktifan Pangkalan Hadapan CARILAMAT mengikut prosedur operasi yang ditetapkan.
ย
SAREX Lang Bronok 2026 turut mencipta sejarah sebagai latihan pertama yang menggabungkan ๐๐ข๐ฃ๐ญ๐ฆ๐ต๐ฐ๐ฑ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (๐๐๐) dan ๐๐ช๐ฆ๐ญ๐ฅ ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (๐๐๐) secara berskala besar, sekali gus membuktikan komitmen NADMA dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana negara agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang krisis maritim.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
ย
PUTRAJAYA,2 JULAI โ NADMA menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Perladangan dan Komoditi yang diketuai oleh Encik Shafie bin Taib, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan) di Ibu Pejabat NADMA.
ย
Perbincangan ini memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam aspek pengurusan dan pengurangan risiko bencana, khususnya melibatkan pembangunan Skuad Agrikomoditi KPK sebagai platform sukarelawan berasaskan kepakaran teknikal.
ย
Inisiatif ini mencerminkan peranan NADMA sebagai agensi penyelaras utama dalam memperkukuh jaringan kolaborasi rentas sektor, bagi membina ekosistem kesiapsiagaan bencana yang lebih tersusun, tangkas dan berimpak tinggi kepada negara.
ย
Kerjasama ini juga memperlihatkan nilai tambah kepada negara melalui pengukuhan kapasiti komuniti dan sukarelawan yang lebih bersedia, terlatih serta responsif dalam menghadapi situasi bencana.
NADMA kekal komited menerajui agenda pengurusan risiko bencana yang lebih bersepadu demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
ย
MELAKA, 2 Julai โ NADMA memperkukuh kerjasama strategik bersama Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan bencana negara melalui perkongsian ilmu serta latihan bersepadu.
ย
Seramai 26 pegawai menyertai Kursus Lanjutan Pegawai Kor Kesihatan Diraja Siri 5/2026 di Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka yang berlangsung dari 8 Jun hingga 3 Julai 2026.
Dalam sesi tersebut, NADMA telah menyampaikan taklimat berkaitan mekanisme pengurusan bencana negara serta aspek pengurusan psikologi semasa bencana, yang memberi penekanan kepada keperluan pengurusan mangsa dan petugas secara lebih menyeluruh.
ย
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan ATM dalam memperkukuh keupayaan respons bencana negara demi memastikan bantuan yang lebih cekap, terselaras dan berkesan kepada rakyat.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
ย
KUALA LIPIS, 2 Julai โ Penduduk di sekitar Kuala Lipis kini bakal menikmati kemudahan pemindahan bencana yang lebih selesa, selamat dan teratur menerusi penyiapan Dewan Terbuka Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di Sekolah Kebangsaan (SK) Benta.Kemudahan ini bukan sahaja menyediakan perlindungan yang lebih kondusif kepada mangsa ketika bencana, malah turut meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi situasi kecemasan pada masa hadapan.
ย
Majlis penyerahan projek tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Haji Hussain Moh, bersama Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Puan Hanita Kassim serta Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lipis, Dr. Azwan Ezzany Azmi. PPKB SK Benta merupakan projek binaan baharu kedua yang berjaya disiapkan di Malaysia dengan kos pembinaan berjumlah RM8.447 juta. Projek yang dipantau oleh JKR Daerah Lipis ini telah disiapkan dalam tempoh 15 bulan, iaitu tiga hari lebih awal daripada jadual asal pada 24 April 2026, dan mampu menempatkan sekurang-kurangnya 300 mangsa pada satu-satu masa.
ย
Dibangunkan berteraskan konsep dwifungsi, PPKB ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pemindahan semasa bencana, malah dimanfaatkan sebagai kemudahan sekolah dan komuniti pada waktu biasa. Pendekatan ini memastikan aset awam terus digunakan secara optimum, sekali gus memberi nilai tambah kepada masyarakat setempat.
ย
Pembangunan PPKB turut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui NADMA dalam memperkukuh pengurusan bencana yang lebih cekap, berdaya tahan dan berorientasikan kesejahteraan rakyat.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
ย
KUALA LUMPUR, 29 Jun โ Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara NADMA dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
ย
Perbincangan memberi tumpuan kepada penglibatan ATM dalam respons bencana dan bantuan kemanusiaan, termasuk pelaksanaan ๐๐ช๐ท๐ช๐ญ-๐๐ช๐ญ๐ช๐ต๐ข๐ณ๐บ ๐๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ฅ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ถ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ช๐ต๐ข๐ณ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ด๐ด๐ช๐ด๐ต๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ฆ๐ญ๐ช๐ฆ๐ง (๐๐๐๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ฅ ๐ฐ๐ฏ ๐๐๐๐), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), serta penyelarasan melalui Kumpulan Kerja Pengurusan Bencana (DMWG) di bawah ๐๐ฆ๐จ๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ฐ๐ณ๐ฅ๐ฆ๐ณ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ช๐ต๐ต๐ฆ๐ฆ (๐๐๐) ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ขโ๐๐ฉ๐ข๐ช๐ญ๐ข๐ฏ๐ฅ.
ย
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana), Datuk Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar serta Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Tuan Addyhanis Ahamad. Manakala pihak ATM diwakili oleh Asisten Ketua Staf Perancang Pertahanan, Mejar Jeneral Amer Mahmud Abdul Rahman TUDM serta Ketua Pengarah Cawangan Operasi Pertahanan, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zamri Abdullah.
