OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

π‹π€π“πˆπ‡ π€πŒπ€π‹ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 β€œπ™€π™“π™€π™π˜Ύπ™„π™Žπ™€ π™π™π˜½π˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™‡π˜Ύπ™Šπ™‰"πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπŽπŽπ‘πƒπˆππ€π’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀
Β 
SHAH ALAM, 15 Julai 2026 – Keselamatan rakyat terus diperkukuh melalui kesiapsiagaan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi insiden bencana udara menerusi penyelarasan yang lebih cekap, pantas dan bersepadu, sekaligus meningkatkan keupayaan tindak balas kecemasan serta mengurangkan impak terhadap nyawa dan harta benda.
Β 
Komitmen ini dizahirkan menerusi Majlis Perasmian Latih Amal Bencana Udara β€œπ˜Œπ˜Ήπ˜¦π˜³π˜€π˜ͺ𝘴𝘦 𝘜𝘳𝘣𝘒𝘯 π˜π˜’π˜­π˜€π˜°π˜―β€ 2026 bertemakan β€œIntegrasi Perkasa, Aspirasi Nusa” yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program anjuran π˜”π˜’π˜­π˜’π˜Ίπ˜΄π˜ͺ𝘒 𝘈π˜ͺ𝘳𝘱𝘰𝘳𝘡𝘴 𝘏𝘰𝘭π˜₯π˜ͺ𝘯𝘨𝘴 π˜‰π˜¦π˜³π˜©π˜’π˜₯ (π˜”π˜ˆπ˜π˜‰) melalui Bahagian Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (𝘈π˜ͺ𝘳𝘱𝘰𝘳𝘡 𝘍π˜ͺ𝘳𝘦 𝘒𝘯π˜₯ π˜™π˜¦π˜΄π˜€π˜Άπ˜¦ 𝘚𝘦𝘳𝘷π˜ͺ𝘀𝘦 – π˜ˆπ˜π˜™π˜š) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta memperkukuh penyelarasan antara agensi kerajaan dalam pengurusan dan pengendalian bencana udara berdasarkan Pelan Kecemasan Aerodrom (AEP), Manual Mencari dan Menyelamat Aeronautika dan Maritim Kebangsaan (NAMSAR) serta Arahan NADMA No. 1.
Β 
Ketua Pengarah NADMA, Dato’ Meor Ismail Meor Akim telah menghadiri majlis perasmian yang disempurnakan oleh Mohd Najwan Halami, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor mewakili Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir ialah Pengarah Urusan MAHB, Dato’ Mohd Izani Ghani. NADMA turut diwakili oleh Dr. Ajantha A/P Segarmurthy sebagai Penilai Table Top Exercise (TTX), PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin sebagai penceramah Arahan NADMA No. 1, serta Muhamad Haiqal Shaharuddin dan Mohamad Azim Nazmi Adrus sebagai Pemerhati TTX. Latih amal ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik, meningkatkan kecekapan tindak balas pelbagai agensi serta memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap terbaik dalam menghadapi sebarang bencana udara.
Previous Next

π‹π€π“πˆπ‡ π€πŒπ€π‹ π™Žπ˜Όπ™π™€π™“-π™…π˜Όπ™Žπ˜Όπ™ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ, π“πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„π”ππ€π˜π€π€π 𝐒𝐀𝐑 𝐋𝐔𝐀𝐑 ππ„π’πˆπ’πˆπ‘
Β 
KOTA BHARU, 15 Julai 2026 – Rakyat mendapat manfaat melalui keupayaan agensi penyelamat yang sentiasa bersedia bertindak secara pantas, cekap dan bersepadu dalam menghadapi insiden atau kemalangan helikopter di kawasan luar pesisir, sekaligus meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa serta memperkukuh kesiapsiagaan negara.
Β 
Usaha ini dizahirkan menerusi pelaksanaan 𝘚𝘦𝘒𝘳𝘀𝘩 𝘒𝘯π˜₯ π˜™π˜¦π˜΄π˜€π˜Άπ˜¦ 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘀π˜ͺ𝘴𝘦 – π˜–π˜§π˜§π˜΄π˜©π˜°π˜³π˜¦ π˜‘π˜°π˜ͺ𝘯𝘡 𝘈𝘦𝘳𝘰𝘯𝘒𝘢𝘡π˜ͺ𝘀𝘒𝘭 𝘚𝘦𝘒𝘳𝘀𝘩 𝘒𝘯π˜₯ π˜™π˜¦π˜΄π˜€π˜Άπ˜¦ (π˜šπ˜ˆπ˜™π˜Œπ˜Ÿ-π˜‘π˜ˆπ˜šπ˜ˆπ˜™)2026 yang berlangsung pada 14 hingga 15 Julai 2026 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan, dengan simulasi latihan di Blok PM3 CAA, Laut China Selatan. Latih amal anjuran CAAM bersama PETRONAS, Hibiscus Petroleum dan Weststar Aviation Sdn. Bhd. ini bertujuan menguji prosedur Offshore-JASAR dan NAMSAR serta meningkatkan koordinasi antara agensi kerajaan, operator penerbangan dan industri minyak serta gas.
Β 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diwakili oleh DCP Datuk Mazli Mazlan dan Arjunaidi Ismail sebagai Pemerhati dan Penilai. SAREX-JASAR 2026 menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik, meningkatkan kecekapan tindak balas bersepadu serta memperkemas proses membuat keputusan ketika tempoh kritikal (𝘎𝘰𝘭π˜₯𝘦𝘯 𝘏𝘰𝘢𝘳).
Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π ππ€ππ‰πˆπ‘ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŸ”πŸ ππ€πŒ π€πˆπ‘ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ, 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐄𝐏𝐀𝐓 π“πˆππƒπ€πŠ 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐒 π‹πˆππƒπ”ππ†πˆ π‘π€πŠπ˜π€π“
Β 
IPOH, 14 Julai– Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus mempertingkat kesiapsiagaan negara menghadapi banjir menerusi perolehan 61 unit pam air bergerak bernilai lebih RM23 juta bagi mempercepatkan tindak balas awal, mengurangkan impak banjir serta melindungi rakyat dan harta benda.
Β 
Ketua Pengarah NADMA, Dato' Meor Ismail Meor Akim, hari ini telah mengadakan lawatan pemeriksaan Mock Up Pam Air Bergerak Fasa 2 di BPME, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ipoh bagi menilai kemajuan pelaksanaan projek sebelum aset diserahkan untuk operasi.
Β 
Setakat ini, 49 unit telah siap dibekalkan di bawah Fasa 1, manakala 12 unit lagi sedang dilaksanakan di bawah Fasa 2, menjadikan keseluruhan 61 unit pam air bergerak.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Pengurangan Risiko Bencana (DRR) bagi memastikan tindakan mengepam air dapat dilakukan dengan lebih pantas, sekali gus mempercepat proses pemulihan kawasan terjejas dan mengurangkan kesan banjir kepada masyarakat.
Previous Next

π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŒπ„πƒπˆπ€: πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π πŠπ„π‘π€π‰π€π€π πŒπ„ππ†π‡π€πƒπ€ππˆ πŒπŽππ’π”π 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 πƒπ€π˜π€ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
PUCHONG,7 Julai – Menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) 2026, NADMA telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Media bagi berkongsi langkah-langkah kesiapsiagaan kerajaan serta memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat,sahih dan berasaskan fakta.
Β 
Sesi ini menghimpunkan agensi-agensi teknikal dan tindak balas termasuk MET Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM),Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Mineral dan Geosains(JMG), Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) bagi membincangkan persediaan menghadapi cuaca panas, kemarau, jerebu, kebakaran terbuka, pengurusan sumber air serta perlindungan kesihatan awam.
Β 
Ketua Pengarah NADMA turut menegaskan bahawa pengurusan bencana bukan sekadar tindak balas ketika krisis, tetapi bermula dengan tindakan awal, penyelarasan bersepadu dan komunikasi risiko yang berkesan agar rakyat sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Previous Next

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππ„π‘π’πˆπ€ππ€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 πƒπˆπ‘π€π‰π€ πƒπˆ π“π€ππ€πŠ π’πˆπŒπ”π‹π€π’πˆ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
Β 
KUALA LUMPUR, 6 Julai – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi memastikan penganjuran acara rasmi negara dilaksanakan dengan lancar, selamat dan tersusun menerusi lawatan tapak yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Haji Hussain Moh, ke Tapak Simulasi Bencana Negara sebagai persediaan menjelang majlis yang dijangka disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Ogos atau September ini.
Β 
Lawatan tersebut bertujuan meneliti aspek keselamatan, logistik, pergerakan tetamu kenamaan, pelan kontingensi serta kesiapsiagaan fasiliti bagi memastikan setiap keperluan penganjuran memenuhi standard pengurusan acara bertaraf nasional. Sebanyak tiga lokasi di Tapak Simulasi Bencana Negara telah dikenal pasti sebagai pilihan bagi penganjuran majlis berkenaan, yang bakal menjadi acara rasmi pertama diadakan di pusat tersebut.
Β 
Datuk Hussain berkata, persediaan awal melalui lawatan tapak amat penting bagi memastikan setiap aspek pengurusan risiko, penyelarasan antara agensi dan pelan kontingensi dilaksanakan secara menyeluruh. Ia sekali gus menyerlahkan keupayaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai agensi penyelaras utama pengurusan bencana negara dalam merancang, menyelaras dan mengurus keperluan logistik, keselamatan serta kesiapsiagaan bagi penganjuran acara rasmi bertaraf nasional.
Β 
Usaha ini bukan sahaja memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung, malah memperkukuh keyakinan rakyat terhadap tahap kesiapsiagaan negara dalam mengurus operasi berskala besar yang memerlukan koordinasi pelbagai agensi. Pada masa sama, penggunaan Tapak Simulasi Bencana Negara sebagai lokasi penganjuran mencerminkan komitmen NADMA untuk mengoptimumkan kemudahan strategik negara sebagai platform yang menyokong pengurusan bencana, latihan, persidangan dan program rasmi berimpak tinggi
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search