OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€โ€“๐๐‘๐”๐๐„๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š๐Ž ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€
ย 
PUTRAJAYA, 22 Ogos 2026 โ€” Malaysia dan Brunei Darussalam memperkukuh kerjasama pengurusan bencana menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 22 Ogos 2026, bersempena Mesyuarat Konsultasi Pemimpin Tahunan ke-27 Malaysiaโ€“Brunei Darussalam. MoU ini memperbaharui kerjasama sedia ada serta memperluas skop bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan kedua-dua negara menghadapi risiko bencana yang semakin kompleks.
ย 
Kerjasama meliputi bantuan rentas sempadan, operasi mencari dan menyelamat (SAR), USAR, penyelamatan air dan teknikal, HAZMAT, keselamatan kebakaran, sistem amaran awal, teknologi digital serta pembangunan kapasiti. Usaha ini akan memperkukuh penyelarasan, perkongsian kepakaran dan tindak balas bencana yang lebih pantas dan berkesan, sekali gus meningkatkan daya tahan kedua-dua negara menghadapi ancaman bencana pada masa hadapan.
Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”, ๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“

PUTRAJAYA, 21 Ogos 2026 โ€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyelaras Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bencana Jerebu Bil. 1/2026 bersama agensi berkaitan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang dipengerusikan oleh Tuan Addyhanis Ahamad, Pengarah, Seksyen Penyelarasan Operasi ( SPeO) bagi meneliti situasi semasa serta memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi jerebu.

Mesyuarat memberi tumpuan kepada penyelarasan pengaktifan PKOB berdasarkan tahap IPU, mitigasi risiko kebakaran khususnya di kawasan tanah gambut serta penyampaian maklumat rasmi yang tepat dan terkini melalui NDCC. Orang ramai disaran sentiasa merujuk maklumat terkini daripada saluran rasmi.

Previous Next

๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐๐€๐Œ๐๐”๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐๐€๐ƒ๐Œ๐€
ย 
PUTRAJAYA, 17 Ogos 2026 โ€“ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini mengadakan Sesi Penyerahan Nota Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana antara Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar dengan Tuan Saiful Yazan bin Alwi, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah bahagian berkenaan yang baharu.
Sesi tersebut disaksikan oleh Datoโ€™ Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, bersama Datuk Haji Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pengurusan Pasca Bencana, serta pengarah-pengarah seksyen NADMA.
ย 
Penyerahan tugas ini memastikan kesinambungan kepimpinan, perancangan dan penyelarasan kesiapsiagaan bencana dapat diteruskan dengan teratur, khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara agensi serta kesiapsiagaan negara menghadapi risiko bencana.
ย 
Seluruh warga NADMA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa 17 Ogos 2026. Pengalaman dan sumbangan beliau sepanjang bersama NADMA amat dihargai, khususnya dalam memperkukuh aspek dasar, perancangan dan kesiapsiagaan pengurusan bencana negara.
ย 
Pada masa yang sama, NADMA mengalu-alukan Tuan Saiful Yazan bin Alwi sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana yang baharu. Pelantikan ini diharap dapat meneruskan momentum pengukuhan penyelarasan strategik NADMA bersama kementerian, jabatan, agensi serta pemegang taruh berkaitan.
Melalui kesinambungan kepimpinan ini, NADMA akan terus memperkukuh peranannya sebagai agensi peneraju penyelarasan pengurusan bencana negara, supaya perancangan dan tindakan antara agensi dapat dilaksanakan secara terselaras serta memberi manfaat kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Previous Next

๐’๐ƒ๐‚๐‚ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€
ย 
JOHOR, 12 Ogos 2026 โ€” Penyerahan ๐˜š๐˜ต๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆ (๐˜š๐˜‹๐˜Š๐˜Š) Negeri Johor menandakan langkah penting dalam memperkukuh keupayaan pengurusan dan penyelarasan bencana di peringkat negeri. Fasiliti ini akan beroperasi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri bagi memantau kejadian bencana di seluruh Johor serta menyalurkan maklumat kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) melalui sistem ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ค ๐˜๐˜ฏ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต (๐˜‹๐˜Ž๐˜๐˜”). Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Nazri Rebu, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, dan turut dihadiri Datuk Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA.
ย 
SDCC Negeri Johor berperanan sebagai pusat kawalan utama dalam memantau kejadian bencana, menyelaras maklumat serta mempercepatkan tindak balas responder dan penyampaian bantuan antara agensi di peringkat negeri dan nasional. Penubuhan ini bukan sekadar menyediakan infrastruktur baharu, malah memperkukuh sistem pengurusan bencana yang lebih bersepadu, pantas dan berkesan, sekali gus menyokong usaha mengurangkan jumlah penduduk terjejas dan kerugian ekonomi akibat bencana serta meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan Negeri Johor menghadapi sebarang ancaman bencana pada masa hadapan.
Previous Next

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2026 โ€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang meneliti keperluan mewujudkan kerangka perundangan khusus bagi pengurangan risiko bencana melalui Kajian Baseline Pewujudan Akta Pengurangan Risiko Bencana. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kerangka sedia ada serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan, pindaan undang-undang atau pewujudan akta khusus bagi memperkukuh tadbir urus pengurangan risiko bencana negara.
ย 
Sesi perbincangan yang melibatkan pegawai NADMA dan UUM turut memberi tumpuan kepada peranan serta tanggungjawab kementerian, jabatan, agensi dan kerajaan negeri dalam memperkukuh pendekatan pengurangan risiko bencana secara lebih bersepadu dan berasaskan risiko. Hasil kajian ini akan menjadi antara asas penting kepada NADMA dalam menentukan hala tuju pengukuhan tadbir urus bencana, dengan memberi penekanan kepada usaha pencegahan, pengurangan risiko dan peningkatan daya tahan masyarakat serta negara.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search