OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐Š๐€๐ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐–๐€๐ (๐Ž๐๐€) ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘, ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐„๐Š๐”๐“๐”๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€ | ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“ Pangkalan Udara Subang
ย 
Satu Operasi Pembenihan Awan (OPA) khas telah diselaraskan oleh NADMA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan Skuadron 20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang sekitar jam 11.45 pagi tadi.
ย 
Penerbangan membawa 4 tangki larutan garam mensasarkan pembenihan awan pada di sekitar kawasan Lembah Klang sebagaimana ๐˜•๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ต๐˜ฐ ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ(๐˜•๐˜–๐˜›๐˜ˆ๐˜”) yang dikeluarkan oleh CAAM.
Operasi ini diadakan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) PM2.5 melebihi 150 (berstatus jerebu) dalam tempoh 24 jam (28 - 29 Ogos) di kawasan tersebut.
Kebarangkalian terhasilnya hujan di kawasan sasaran dalam tempoh 24 jam ini adalah antara 40% sehingga 60% namun bergantung kepada atmosfera semasa.
ย 
Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang diselaraskan oleh NADMA diharapkan dapat membantu mengurangkan impak jerebu yang sedang melanda sekaligus dapat memperbaiki kualiti udara di kawasan terjejas.
Semoga sambutan Hari Kebangsaan esok dapat diraikan dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat.
ย 
Turut hadir dalam operasi, Encik Ambun Dindang, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MET Malaysia dan PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NAD
Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” ๐๐„๐Œ๐€๐’๐€๐๐†๐€๐ ๐๐€๐ˆ๐‹๐„๐˜ ๐๐‘๐ˆ๐ƒ๐†๐„, ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐€๐Š๐’๐„๐’ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐†๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐๐€๐‘
ย 
SABAH, 27 Ogos 2026 โ€” Usaha memulihkan nadi perhubungan komuniti yang terjejas akibat bencana di Kampung Kaiduan, Papar kini diperkukuh menerusi projek pemasangan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge). Projek ini digerakkan atas inisiatif YAB Datoโ€™ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, bagi memastikan penduduk memperoleh semula akses perhubungan yang selamat dan berterusan.
ย 
Sebagai tindakan susulan, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datoโ€™ Meor Ismail Meor Akim, mengetuai lawatan ke tapak projek bagi meninjau kemajuan pemasangan jambatan tersebut. Beliau turut menerima taklimat daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan Ketua Kampung Kaiduan mengenai status pelaksanaan serta keperluan penduduk setempat.
Jambatan sepanjang 91.44 meter yang melibatkan 30 bay itu berkeupayaan menampung beban sehingga 20 tan. Apabila siap, kemudahan tersebut dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 penduduk dari lima kampung yang bergantung pada laluan berkenaan untuk urusan harian.
ย 
Pemulihan akses ini penting bagi memastikan pergerakan penduduk, penyaluran bantuan serta penyampaian perkhidmatan asas dapat diteruskan dengan lebih lancar selepas laluan berkenaan terjejas akibat banjir pada 13 September 2025.
ย 
Pelaksanaan projek ini mencerminkan keselarasan antara inisiatif kepimpinan Kerajaan Persekutuan dengan tindakan susulan NADMA, Kerajaan Negeri Sabah dan agensi teknikal dalam mempercepat pemulihan infrastruktur serta memperkukuh daya tahan komuniti terhadap bencana.
Previous Next

๐Œ๐๐€๐“ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ’๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐„๐Œ๐€๐‡๐€๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐„๐๐†๐€๐‰๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐
ย 
PUTRAJAYA, 26 Ogos 2026 โ€” Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh perkongsian pengetahuan dan kefahaman berkaitan pengurusan bencana menerusi penyertaan dalam Kursus Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) Siri 46/2026 anjuran Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) yang berlangsung di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya. Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Dr. Ajantha Segarmurthy, dijemput menyampaikan taklimat bertajuk โ€œ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ขโ€ sebagai sebahagian daripada Modul SKST 6504 ๐˜Š๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ช๐˜ด, ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ง๐˜ญ๐˜ช๐˜ค๐˜ต ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ž๐˜ข๐˜ณ ๐˜š๐˜ต๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด.
ย 
Kursus tersebut disertai 60 peserta terdiri daripada pegawai kanan ATM, PDRM, APMM, PTD serta pegawai kanan tentera dari beberapa negara. Taklimat yang disampaikan memberi pendedahan mengenai pengurusan bencana di Malaysia, termasuk peranan NADMA dan pendekatan penyelarasan dalam menghadapi situasi krisis dan kecemasan. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperluas perkongsian ilmu, memperkukuh kefahaman antara agensi serta meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan bencana secara bersepadu.
Previous Next

KONTINJEN NADMA SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H/2026M
ย 
Kontinjen Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M yang turut dihadiri oleh YBhg. Datoโ€™ Meor Ismail bin Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA.
ย 
Bertemakan โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkatiโ€, sambutan ini menjadi wadah untuk memperkukuh penghayatan terhadap sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW dalam membentuk masyarakat yang saling menghormati, prihatin dan bersatu padu.
ย 
Semoga semangat Maulidur Rasul terus menyuburkan nilai-nilai murni dalam setiap amanah yang digalas, khususnya dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat serta memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan masyarakat dalam menghadapi bencana.
Previous Next

๐€๐’๐„๐€๐ ๐’๐€๐“๐”๐Š๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š๐Ž ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€

SINGAPURA, 23 Ogos 2026 โ€” ASEAN terus memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan menghadapi risiko bencana menerusi ASEAN ๐˜š๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜จ๐˜ช๐˜ค ๐˜—๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ช๐˜ค๐˜บ ๐˜‹๐˜ช๐˜ข๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต (๐˜š๐˜—๐˜‹๐˜‹๐˜”) 2026 yang menghimpunkan Ketua Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMO) dan pegawai kanan negara anggota ASEAN. Ketua Pengarah NADMA, Datoโ€™ Meor Ismail bin Meor Akim turut menghadiri dialog yang memberi tumpuan kepada pengukuhan hala tuju strategik ACDM, pelaksanaan One ASEAN ๐˜–๐˜ฏ๐˜ฆ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ฆ serta pendekatan ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜บ ๐˜ˆ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ.

Perbincangan turut menekankan penyelarasan bantuan dan tindak balas bencana yang lebih pantas dan berkesan, selain memperkukuh perkongsian pengalaman serta kepakaran negara anggota. Usaha ini selaras dengan komitmen ASEAN untuk membina rantau yang lebih bersedia, bersepadu dan berdaya tahan menghadapi ancaman bencana yang semakin kompleks.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search