๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
YBhg. Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak menyertai misi operasi pembenihan awan pada hari pertama dilaksanakan.
ย
Operasi ini diselaraskan oleh NADMA dengan kerjasama MET Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Labuan.
ย
Operasi ini bermula pada jam 3.00 petang dengan membawa 4 tangki larutan garam. Kawasan operasi pembenihan awan adalah di sekitar Empangan Batang Ai. Ianya dilaksanakan berikutan penyusutan ketara paras air di sungai-sungai dan empangan selain situasi jerebu yang teruk pada masa ini. Operasi pada hari ini berakhir pada jam 5.05 petang.
ย
Turut hadir, Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Ahadiah Zamhari, Pengurus Kanan II Sarawak Energy Berhad, Mohamad Redzuan bin Abdul Moin, Penolong Pengarah Kanan MET Malaysia turut terlibat dalam operasi ini. NADMA diwakili oleh PgKB | Arjunaidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pelaksanaan Operasi.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐| ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi negeri Kedah dan Perlis yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
ย
Misi penerbangan yang bermula pada jam 12.30 tengah hari dan berakhir pada jam 3.25 petang itu membawa empat tangki larutan garam bagi melaksanakan operasi pembenihan awan di kawasan sasaran sekitar Empangan Pedu, Empangan Muda, Empangan Ahning dan Empangan Beris di Kedah, serta Empangan Timah Tasoh di Perlis.
ย
Terima kasih diucapkan kepada Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang turut hadir menyertai misi OPA kali ini bagi melihat sendiri pelaksanaan dan pengoperasian pembenihan awan dengan lebih dekat.
ย
Turut serta dalam penerbangan ialah Encik Maqrun Fazli bin Mohd. Fahmi, Pengarah Kanan Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional (POCGN), MET Malaysia, manakala NADMA diwakili oleh PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
ย
KERIAN, PERAK, 3 September 2026 โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak melaksanakan lawatan kerja ke Empangan Bukit Merah bagi meninjau aspek pengoperasian, pengurusan sumber air serta tahap kesiapsiagaan empangan dalam menghadapi risiko bencana seperti banjir dan kemarau. Lawatan diketuai Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datoโ Meor Ismail bin Meor Akim, bersama barisan pegawai kanan NADMA.
ย
Lawatan ini turut menjadi platform memperkukuh penyelarasan NADMA dan JPS dalam aspek pengurusan risiko bencana serta keselamatan infrastruktur. Empangan Bukit Merah berperanan penting dalam pengairan padi Rancangan Pengairan Kerian seluas kira-kira 22,473 hektar, bekalan air domestik serta mitigasi banjir di sekitar lembangan Sungai Kurau. Hasil lawatan akan menjadi input kepada NADMA dalam memperkukuh tadbir urus pengurangan risiko serta perancangan pencegahan dan kesiapsiagaan selaras dengan matlamat Dasar Pengurangan Risiko Bencana 2030.
๐๐๐ ๐๐-๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐โ๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐ ๐๐-๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐โ๐๐๐๐๐๐๐๐
ย
HAT YAI, SONGKHLA, THAILAND, 3 September 2026 โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyertai Mesyuarat ๐๐ฆ๐จ๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ฐ๐ณ๐ฅ๐ฆ๐ณ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ช๐ต๐ต๐ฆ๐ฆ (๐๐๐) Ke-119 yang berlangsung dari 1 hingga 3 September 2026 di Hat Yai, Songkhla, Thailand. NADMA diwakili Encik Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) merangkap Pengerusi ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐๐ฐ๐ณ๐ฌ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ณ๐ฐ๐ถ๐ฑ (DMWG) bersama Encik Mohd Syafiq bin Ahmad Dusuki, Penolong Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
ย
Mesyuarat memberi penekanan kepada penyelarasan tindak balas dan kesiapsiagaan bencana di kawasan sempadan. Selaras dengan mandat Mesyuarat 39th High Level Committee (HLC), RBC turut menumpukan penyelarasan enam kumpulan kerja termasuk DMWG serta pengintegrasian elemen ๐๐ถ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ช๐ต๐ข๐ณ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ด๐ด๐ช๐ด๐ต๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ฆ๐ญ๐ช๐ฆ๐ง (HADR) dalam latihan dua hala pada masa hadapan. Penyertaan NADMA mencerminkan komitmen memperkukuh kerjasama serantau serta kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas bencana MalaysiaโThailand.
๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
ย
PULAU PINANG, 2 September 2026 โ Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh perkongsian pengetahuan dan kerjasama strategik dalam pengurusan bencana menerusi penyertaan dalam ๐๐ข๐ญ๐ข๐บ๐ด๐ช๐ข ๐๐ข๐ฅ๐ช๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ณ๐ฐ๐ต๐ฆ๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐๐ฐ๐ฏ๐ง๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (๐๐๐๐) 2026 anjuran Persatuan Pelindung Sinaran Malaysia (MARPA) yang berlangsung dari 1 hingga 4 September 2026 di Hotel St. Giles Wembley, Pulau Pinang. Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Dr. Ajantha Segarmurthy, dijemput menyampaikan taklimat bertajuk โ๐๐บ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐จ๐ช๐ป๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ฆ๐ด๐ช๐ญ๐ช๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ: ๐๐ฏ๐ฉ๐ข๐ฏ๐ค๐ช๐ฏ๐จ ๐๐๐๐ด ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ถ๐ญ๐ต๐ช-๐๐จ๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ ๐๐ฐ๐ฐ๐ณ๐ฅ๐ช๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐๐ถ๐ค๐ญ๐ฆ๐ข๐ณ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ข๐ฅ๐ช๐ฐ๐ญ๐ฐ๐จ๐ช๐ค๐ข๐ญ ๐๐ฎ๐ฆ๐ณ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ช๐ฆ๐ดโ yang memberi pendedahan mengenai kepentingan penambahbaikan SOP serta penyelarasan pelbagai agensi dalam menghadapi kecemasan nuklear dan radiologi.
ย
Penyertaan NADMA dalam MRPC 2026 mencerminkan komitmen berterusan NADMA dalam memperluas perkongsian kepakaran, memperkukuh kerjasama antara agensi serta meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan negara dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana yang kompleks.
ย
Persidangan ini turut menjadi platform perkongsian perkembangan terkini, amalan terbaik, teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang perlindungan, keselamatan dan sekuriti radiasi.
