OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

6 kampung di Gurun, Yan terjejas banjir, 24 berlindung di PPS

6 kampung di Gurun, Yan terjejas banjir, 24 berlindung di PPS

GURUN – Seramai 24 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau As Saadiah di sini selepas kediaman mereka dilanda banjir pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Kepala Bukit, Kampung Guar Nenas, Kampung Guar Stesen dan Kampung Sungai Bongkok.

“Laporan kejadian banjir di Gurun, dalam daerah Kuala Muda diterima pada pukul 8.30 pagi tadi sebelum PPS Surau As Saadiah dibuka pada pukul 10 pagi,” katanya hari ini.

Sementara itu, sebuah lagi PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Teroi, dalam daerah Yan pada pukul 9.30 pagi tadi, namun jumlah mangsa yang ditempatkan di situ masih dalam proses bancian.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang memindahkan penduduk yang terjejas, terutama warga emas dan mereka yang uzur dari Kampung Teroi Bukit serta Kampung Titi Teras ke PPS,” katanya.

Dalam perkembangan sama, anggota APM turut membantu membawa seorang pesakit lelaki yang memerlukan rawatan dialisis selepas laluan keluar dari rumahnya di Kulim, dekat sini terputus akibat jalan ditenggelami banjir. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search