OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Lokasi di Pantai Timur, Pantai Barat, Sabah dan Sarawak hujan hingga petang

Lokasi di Pantai Timur, Pantai Barat, Sabah dan Sarawak hujan hingga petang

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Amaran turut melibatkan Jerantut, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Rompin dan Lipis di Pahang serta Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat di Selangor.

“Di Negeri Sembilan, kawasan yang terjejas ialah Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala Segamat, Mersing dan Kluang di Johor,” katanya.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Tatau dan Sebauh di Bintulu, Song dan Belaga di Kapit, Selangau di Sibu, Lubok Antu di Sri Aman, Betong, Limbang serta Marudi, Telang Usan dan Beluru di Miri.

Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan melibatkan kawasan Tawau, Pedalaman dan Pantai Barat, selain Sandakan dan Kinabatangan di Sandakan serta Kota Marudu dan Pitas di Kudat.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search