OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

29 kawasan kawasan catat IPU tak sihat, Batu Muda tertinggi

29 kawasan kawasan catat IPU tak sihat, Batu Muda tertinggi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi ini, dengan Batu Muda merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172.

Berdasarkan data Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Johan Setia mencatatkan bacaan 170, diikuti Petaling Jaya (165), Shah Alam dan Nilai masing-masing 164, Cheras (163), Bukit Rambai (162 ),Klang (161), Putrajaya (160) dan Seremban (159).

Selain itu, Banting dan Larkin masing-masing 157 ,Pasir Gudang (156) manakala Tasek Ipoh serta Paka, 155.

Sementara itu, 33 lagi kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan enam lokasi lain mencatatkan IPU baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan IPU melebihi 300 (berbahaya).

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search