OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

26 mangsa banjir Kedah dipindahkan ke PPS

26 mangsa banjir Kedah dipindahkan ke PPS

JITRA – Seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Lembah Keriang susulan banjir yang melanda daerah Kubang Pasu sejak petang semalam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki warga emas yang lumpuh dari Kampung Baru, Changlun dekat sini turut dipindahkan ke rumah anaknya dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi memastikan keselamatannya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, banjir kilat itu berlaku selepas hujan lebat berserta kilat bermula kira-kira pukul 3 petang semalam di beberapa kawasan.

“Air melimpah ke jalan berikutan hujan lebat dan sistem perparitan,” katanya di sini, hari ini.

Kawasan terjejas melibatkan Taman Resak, Kampung Baru dan Kampung Lembah Keriang dengan radius kawasan terjejas antara 0.5 hingga satu kilometer.

Setakat pukul 8 pagi ini, seramai 26 mangsa daripada lapan keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Lembah Keriang tanpa perubahan jumlah penghuni. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search