OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jerebu: Tiada PdPR, sekolah di Pulau Pinang berjalan seperti biasa esok

Jerebu: Tiada PdPR, sekolah di Pulau Pinang berjalan seperti biasa esok

GEORGE TOWN – Sesi persekolahan di seluruh Pulau Pinang berjalan seperti biasa esok, susulan berlaku penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan sehingga pukul 7 malam tadi.

Pengarah Pendidikan Negeri, Mohammad Dziauddin Mat Saad berkata, berdasarkan kemas kini, berlaku penurunan satu mata bacaan IPU dalam tempoh sejam di dua stesen iaitu Minden dan Balik Pulau.

Bagaimanapun, beliau berkata, aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan buat masa ini sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keadaan jerebu.

“Persekolahan berjalan seperti biasa, namun tiada aktiviti luar bilik darjah buat masa sekarang. JPN akan terus memantau perkembangan semasa menerusi Bilik Gerakan JPN,” katanya di sini.

Menurut beliau, pihaknya turut mendapatkan khidmat nasihat Kementerian Kesihatan bagi membimbing pihak sekolah mengenai langkah penjagaan kesihatan sepanjang keadaan cuaca berjerebu.

Tambahnya, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan warga sekolah sentiasa diberi keutamaan.

Terdahulu, media melaporkan keputusan sama ada mahu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau menangguhkan aktiviti luar bilik darjah bagi sekolah-sekolah tertentu di Pulau Pinang akan diputuskan berdasarkan trend bacaan IPU pada pukul 6 petang, hari ini.

Dziauddin dilaporkan berrkata, pihaknya sejak 13 Ogos lalu lagi memantau rapi bacaan IPU setiap dua jam menerusi ‘War Room’ Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search