OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Pasukan SMART sertai misi di Nepal selamat pulang ke tanah air

Pasukan SMART sertai misi di Nepal selamat pulang ke tanah air

Kuala Lumpur: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di Nepal selamat pulang ke tanah air pada 2 pagi tadi.

Komander SMART Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB 1) Abdul Manaf Che Isa berkata, anggota pasukan berkenaan berlepas dari Kathmandu pada 3 petang semalam (waktu tempatan) menaiki pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan singgah sebentar di Kolkata, India bagi mengisi minyak.

"Setibanya di Pangkalan Udara TUDM Subang, kami menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan dan semua 11 anggota yang terlibat dalam misi ini disahkan sihat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan pasukan berkenaan akan pulang pada Sabtu atau Ahad.

Beliau berkata, peralatan seperti dron milik pasukan itu telah diserahkan kepada pasukan penyelamat di Nepal untuk kegunaan misi pencarian mangsa bencana banjir kilat dan tanah runtuh di negara itu.

Pasukan SMART MAS01 yang menyertai HADR tiba di negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu pada 5 Sept dengan membawa peralatan SAR seberat 12.4 tan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search