OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jerebu tak jejas operasi penerbangan di P. Pinang – Exco

Jerebu tak jejas operasi penerbangan di P. Pinang – Exco

GEORGE TOWN – Keadaan jerebu yang melanda Pulau Pinang dan beberapa negeri lain ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, operasi pelepasan dan pendaratan pesawat di lapangan terbang berkenaan masih berjalan seperti biasa.

“Kerajaan negeri akan terus memantau keadaan dengan rapat serta berkomunikasi dengan pihak lapangan terbang dan syarikat penerbangan bagi mengurangkan kesan jerebu serta sebarang insiden penerbangan tidak dijangka terhadap pelawat dan industri pelancongan,” katanya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, tiada kejadian penumpang warga Indonesia terkandas secara besar-besaran di LTAPP susulan pembatalan beberapa penerbangan dari Jakarta akibat letusan Gunung Anak Krakatau, baru-baru ini.

Hon Wai berkata, syarikat penerbangan terbabit termasuk AirAsia, TransNusa dan Batik Air telah memaklumkan penumpang yang terjejas lebih awal menerusi e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) serta saluran komunikasi lain.

“Berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh pengurusan lapangan terbang, syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan terjejas telah memaklumkan penumpang berkaitan dengan segera.

“Hasilnya, tiada kejadian penumpang Indonesia terkandas secara besar-besaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search