OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

MRA lancar Tabung Kemanusiaan Bencana Nepal

MRA lancar Tabung Kemanusiaan Bencana Nepal

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Nepal bagi menyokong operasi bantuan kemanusiaan kepada komuniti terjejas susulan bencana banjir besar yang melanda beberapa wilayah di negara itu lalu.

Presidennya, Khairil Annuar Khalid, berkata inisiatif itu memberi keutamaan kepada keperluan asas sepanjang fasa awal kecemasan, termasuk bantuan makanan, bekalan air bersih serta keperluan berkaitan air, sanitasi dan kebersihan.

"Selain itu, ia turut merangkumi kit kebersihan, kit bayi khususnya untuk bayi dan kanak-kanak kecil, bantuan perubatan dan kesihatan serta pembinaan musolla sementara.

"Justeru, MRA menyeru rakyat Malaysia, sektor korporat, institusi, masjid dan surau, pertubuhan masyarakat sivil serta seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Bencana Nepal," katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 633 orang di Nepal dan China terkorban dalam bencana yang melanda pada pagi Rabu, manakala hampir 3,000 lagi termasuk ratusan warga asing masih hilang.

Kementerian Luar memaklumkan 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh di daerah Rasuwa, Nepal, manakala keluarga mereka diberikan taklimat mengenai perkembangan usaha pencarian oleh Wisma Putra, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi berkaitan.

Menurut Khairil Annuar, sumbangan kepada tabung itu boleh disalurkan melalui akaun rasmi MRA Berhad.

Kata beliau, pihaknya akan terus memantau perkembangan situasi dan menjalankan penilaian keperluan dengan rakan kerjasama di Nepal bagi menentukan bentuk intervensi yangbersesuaian.

"MRA menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyatakan solidariti terhadap rakyat Nepal yang sedang melalui antara bencana paling buruk pernah melanda negara tersebut.

Khairil Annuar berkata, bencana itu telah menjejaskan kediaman, jalan raya, jambatan, sekolah, kemudahan kesihatan, kawasan pertanian serta infrastruktur hidroelektrik negara terbabit.

"Beberapa jalan utama dan jambatan turut terputus, sekali gus menyukarkan usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan yang paling teruk terjejas.

"Situasi ini menyebabkan keperluan terhadap makanan, air bersih, tempat perlindungan, perkhidmatan kesihatan dan barangan keperluan asas keluarga semakin mendesak.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search