OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

32 rumah Kampung Bukit Kapar rosak dilanda ribut

32 rumah Kampung Bukit Kapar rosak dilanda ribut

KLANG – Sebanyak 32 buah rumah rosak selepas dibadai ribut dalam kejadian sekitar Kampung Bukit Kapar di sini, petang tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 2 petang itu menyebabkan terdapat bumbung kediaman ‘hilang’ dan pokok tumbang namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, Syazwan Zakaria berkata, operasi pemantauan dijalankan dengan kekuatan enam anggota dengan sebuah Fire Rescue Tender bersama bantuan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya.

“Cuaca dilaporkan baik ketika pemantauan dijalankan dan risiko banjir masih ada di kawasan terjejas.

“Bagaimana pun, tiada perpindahan penduduk dilakukan oleh pihak bomba,” katanya hari ini.

Jelasnya, penduduk yang terjejas telah membuat laporan kerosakan kepada pihak berkuasa.

“Penduduk turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang perkembangan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search