OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Hujan lebat, angin kencang landa Kuching

Hujan lebat, angin kencang landa Kuching

KUCHING: Hujan lebat disertai ribut yang melanda beberapa kawasan di bandar raya ini hari ini, menyebabkan beberapa kediaman mengalami kerosakan, termasuk sebuah rumah di Tabuan Dayak, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kepingan bumbung dari blok pangsapuri berhampiran dipercayai diterbangkan angin kencang sebelum menghempap kediaman milik jurugambar The Borneo Post, Chimon Upon, 59.

Chimon berkata, ketika kejadian itu, hanya ibu mentua dan anaknya berada di dalam rumah berkenaan.

Hentaman kuat itu menyebabkan bahagian bumbung rumah mangsa mengalami kerosakan teruk dan bocor, selain bekalan elektrik di kediaman berkenaan turut terganggu.

Selain kerosakan pada kediaman, angin kencang dan hujan lebat yang tiba-tiba melanda selepas cuaca panas melampau sejak beberapa hari lalu turut menyebabkan beberapa kejadian pokok tumbang sekitar Kuching.

Antara lokasi terbabit ialah Taman Desa Wira, Jalan Arang, Saradise dan kawasan sekitar Stampin, termasuk Samarahan Golf Club serta kolam renang Stampin.

Selain itu, angin kencang menyebabkan siling di bahagian luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) turut mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search