OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Genting sumbang RM1 juta kepada mangsa ribut di Bercham

Genting sumbang RM1 juta kepada mangsa ribut di Bercham

IPOH: Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menghulurkan sumbangan sebanyak RM1 juta bagi membantu 554 mangsa ribut di sekitar Bercham di sini pada 19 Jun lalu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow, sumbangan itu bukan sekadar melibatkan kawasan kediaman tetapi kedai dan rumah ibadat.

“Senarai (mangsa) kami masih teliti sekali lagi sebab ada nama yang sama (bertindan). Sebab kita tidak pasti mangsa memiliki banyak rumah.

“Kalau dia punya tiga rumah (mangsa) rosak, kita pun kena adil jugalah bagi bantuan satu rumah sahaja,” katanya kepada pemberita di Kampung Baru Bercham di sini hari ini.

Program penyampaian cek cura itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Genting Malaysia, Spencer Lee.

Boon Piow berkata, 98 peratus mangsa yang terjejas telah pulang ke kediaman masing-masing.

“Banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kontraktor dan syarikat tertentu telah memberi bantuan seperti membaiki rumah semua selain atap dan bumbung dengan harga kos.

“Selain itu, McDonald’s Malaysia ada bagi burger dan ada pihak bagi roti kepada pasukan penyelamat. Namun usaha Genting Malaysia jadi satu contoh apabila malapetaka, bencana alam berlaku terus menyalurkan bantuan, menghulurkan tangan,” katanya. 

Bagi Spencer Lee, sumbangan itu berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada mereka yang memerlukan pertolongan dengan kerjasama kerajaan.

Dianggarkan RM1.2 juta nilai kerugian yang dialami oleh para penduduk di sekitar Bercham ekoran kejadian ribut tersebut. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search