OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Laluan alternatif di Batu Kitang hampir siap

Laluan alternatif di Batu Kitang hampir siap

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang berkata, ia sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna jalan raya yang berdepan kesesakan sejak insiden paip pecah dan runtuhan benteng dua minggu lalu.

Menurutnya, pembinaan laluan sementara itu bermula dua minggu lalu dan berada pada peringkat akhir.

“Panjang laluan sementara ini dianggarkan sekitar 200 meter. Kerja-kerja pembaikan akan dimulakan sebaik keadaan cuaca mengizinkan kerana kerja pemadatan dan penurapan tidak boleh dilakukan ketika hujan,” katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh di Jalan Batu Kitang, hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) bersetuju untuk melebarkan laluan sementara, memadatkan asas jalan dan menurap permukaan bagi memastikan kenderaan dapat bergerak lebih lancar.

“Jadi saya minta JKR memastikan pembinaan dibuat dengan kemas, cukup lebar dan permukaan baik supaya trafik lancar dan tidak berlaku kesesakan. Bayangkan setiap pagi dan petang, jalan ini sesak dan keadaan ini tidak boleh diterima,” ujarnya.

Sementara itu, Lo menjelaskan, jalan asal masih dalam proses pengukuhan cerun dan pemasangan kepingan besi sebelum kerja penurapan dapat dilaksanakan.

Tambahnya, Sarawak Water mempunyai perancangan untuk membina sokongan kukuh bagi paip tersebut supaya lebih selamat dan tahan lama.

“Kerja pembaikan paip yang rosak telah disiapkan. Insiden kebocoran paip tersebut berlaku kira-kira dua minggu lalu dan walaupun ia menyebabkan kesesakan lalu lintas, kerja pembaikan berjaya diselesaikan dengan cepat,” jelasnya.-TVS

 
 
 
 
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search