OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Rancangan naik taraf laluan Batu 7 – Bau kini diperingkat tender

Rancangan naik taraf laluan Batu 7 – Bau kini diperingkat tender

KUCHING, 26 Jan: Rancangan menaik taraf jalan Batu 7 ke Bau kepada empat lorong kini diperingkat proses tender, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang.

Beliau berkata, ia sangat penting kerana jalan sedia ada sempit dan tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin meningkat sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas setiap hari.

“Kerajaan merancang pembinaan jalan empat lorong. Laluan empat lorong yang dicadangkan ini bermula dari lampu isyarat di Batu 7 hingga ke Bau. Kemudian, dari Kampung Bumbok ke Stephen Yong.

“Kerja bermula dari Bau dan diteruskan ke Stephen Yong kerana laluan itu merupakan jalan penting,” katanya ketika melawat lokasi tanah runtuh dan paip pecah di Jalan Batu Kitang, hari ini.

Menurutnya, apabila siap kelak, kenderaan bersaiz besar akan dapat menggunakan Jalan Stephen Yong untuk ke Bau dengan lancar dan laluan tersebut disambung ke Kampung Bumbok.

Tambahnya, hampir keseluruhan Jalan Stephen Yong mempunyai empat lorong namun hanya dari Kampung Bumbok ke persimpangan Jalan Wee Boon Ping masih dua lorong.

“Jika laluan ini tidak diperbesarkan, ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana jalan sedia ada sempit. Sebab itu projek dimulakan dari Bau turun ke Bumbok dan seterusnya ke Stephen Yong untuk dilebarkan kepada empat lorong,” ujarnya.

Lo berkata, peluasan jalan tersebut bertujuan meningkatkan kapasiti laluan, melancarkan pergerakan trafik serta mengurangkan risiko kesesakan dan kemalangan.-TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search