OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jangan guna laluan sementara Felda Aring–Tasik Kenyir

Jangan guna laluan sementara Felda Aring–Tasik Kenyir

KUALA TERENGGANU – Orang ramai dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan sementara Felda Aring–Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dekat sini yang dibina kontraktor kerana ia tidak selamat dan berisiko tinggi buat kegunaan awam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat, berkata, laluan itu sebenarnya dibina secara tidak rasmi oleh pihak kontraktor terlibat bagi tujuan kerja harian mereka.

“Laluan tidak rasmi itu dibina oleh sebuah syarikat (kontraktor) bagi memudahkan urusan mereka, tetapi ada juga orang awam yang menumpang lalu.
“Jalan tersebut tidak selamat digunakan (untuk kenderaan awam) terutama pada musim hujan kerana keadaan tanah yang licin dan berisiko,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sidang DUN Terengganu ke-15 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Hanafiah berharap pengguna jalan raya dapat mengelak daripada melalui laluan tersebut sehingga kerja-kerja pembaikan Jalan Felda Aring–Tasik Kenyir yang runtuh pada musim tengkujuh tahun lalu siap sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search