OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

199 mangsa banjir ditempatkan di PPS Kekal Selagon, Beaufort

199 mangsa banjir ditempatkan di PPS Kekal Selagon, Beaufort

BEAUFORT: Seramai 199 mangsa banjir daripada 64 keluarga kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kekal Selagon di sini selepas beberapa kampung di sini dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, jumlah itu meningkat berbanding seramai 21 mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan tersebut semalam.

“Setakat pukul 3.56 petang ini, seramai 199 mangsa daripada 64 keluarga masih berada di PPS manakala empat mangsa daripada satu keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Suasa, Bakalau, Bangkalalak, Mentulud, Lubak, Padas Valley, Bingkul dan Pintas.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan mangsa yang direkodkan sejak PPS dibuka pada 9 September lalu adalah seramai 208 orang daripada 65 keluarga.

Paras air Sungai Padas Beaufort masih berada pada paras bahaya, menyebabkan pihak berkuasa terus memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search