OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jambatan runtuh: Laluan alternatif dijangka siap dalam tempoh sebulan

Jambatan runtuh: Laluan alternatif dijangka siap dalam tempoh sebulan

TAMBUNAN: Laluan utama yang menghubungkan empat kampung dan sebuah sekolah di kawasan Kampung Tiung Widu di sini masih terputus selepas jambatan di Sungai Melout runtuh berikutan hujan lebat pada Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George berkata, setakat ini Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang berusaha membina laluan alternatif namun ia dijangka mengambil masa sehingga sebulan untuk disiapkan bergantung kepada keadaan paras sungai.

“Buat masa ini laluan masih terputus, tetapi kerja-kerja Pelan Pengurusan Trafik (TMP) sedang dijalankan oleh pihak konsesi penyelenggaraan. Kami juga sentiasa memantau keadaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini tiada laporan kejadian banjir diterima oleh pihak bomba.

“Cuaca di Tambunan juga baik, hanya hujan pada petang semalam namun tidak menyebabkan banjir. Bomba berada dalam keadaan bersiap siaga dan akan segera bertindak jika menerima panggilan kecemasan,” jelasnya.

Empat kampung yang terjejas ialah Kampung Tiung, Widu, Pialungan, Tiang Ranau, termasuk Sekolah Kebangsaan Tiung Widu.

Mitchell berkata bekalan makanan masih dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Tambunan (PDT), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Wakil Rakyat.

“Setakat ini keperluan asas penduduk masih terjaga hasil kerjasama pelbagai pihak,” katanya. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search