OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir di Sabah pulih, mangsa di Sarawak berkurangan

Banjir di Sabah pulih, mangsa di Sarawak berkurangan

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Banjir di Sabah pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan terakhir di negeri itu ditutup 4 petang ini manakala jumlah mangsa di Sarawak terus merekodkan penurunan.

Di SABAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Slagon dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sri Dayang Shahbandar, Padas Damit di Beaufort telah ditutup selepas keadaan banjir pulih sepenuhnya.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pusat pemindahan berkenaan menempatkan 366 mangsa daripada 138 keluarga pagi tadi dan kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort yang juga Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah berkenaan.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan dengan 1,822 orang daripada 587 keluarga masih berlindung di PPS petang ini berbanding 3,111 mangsa daripada 962 keluarga pagi tadi.

JPBN Sarawak memaklumkan sebanyak 13 PPS masih aktif melibatkan kawasan Serian, Sibu, Bintulu, Sebauh dan Miri.

Menurut jawatankuasa itu, antara PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh di Serian dengan 448 mangsa daripada 131 keluarga, diikuti Dewan Masyarakat Serian (325 mangsa daripada 94 keluarga) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (306 mangsa daripada 114 keluarga). -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search