OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir, tanah runtuh landa Pakistan, lebih 300 terbunuh

Banjir, tanah runtuh landa Pakistan, lebih 300 terbunuh

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 344 orang disahkan maut selepas tanah runtuh dan banjir kilat yang dicetuskan oleh hujan lebat melanda barat laut Pakistan, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Kebanyakan kematian direkodkan di kawasan pergunungan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa. 

Sebanyak 74 buah rumah musnah dan lima anggota penyelamat maut selepas helikopter dinaiki mereka terhempas semasa menjalankan operasi. 

Sembilan orang terkorban di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, manakala lima lagi di wilayah utara Gilgit-Baltistan, demikian menurut pihak berkuasa. 

Peramal cuaca berkata, hujan lebat dijangka berterusan sehingga 21 Ogos ini dengan beberapa kawasan telah diisytiharkan sebagai zon bencana. 

Seorang mangsa yang terselamat dikenali sebagai Azizullah memberitahu agensi berita AFP bahawa suasana banjir mirip seperti ‘hari kiamat’. 

“Saya mendengar bunyi yang kuat seolah-olah gunung runtuh. Saya bergegas keluar dan melihat seluruh kawasan bergegar seperti kiamat,” kata Azizullah. 

Ketua Menteri Khyber Pakhtunkhwa, Ali Amin Gadapur berkata, sebuah helikopter jenis M-17 terhempas semasa dalam perjalanan ke wilayah Bajaur akibat cuaca buruk. 

Solat jenazah diadakan di sebuah padang dengan orang ramai meratapi kesedihan di hadapan beberapa mayat yang ditutup dengan selimut. Khyber Pakhtunkhwa mengisytiharkan hari berkabung semalam. – AGENSI

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search