OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Letupan gas Putra Heights: Beri peluang pada Petronas

Letupan gas Putra Heights: Beri peluang pada Petronas

KUALA LUMPUR – Seorang wakil rakyat di Selangor menyifatkan Petronas telah dibebankan dengan sesuatu yang besar selepas insiden letupan paip gas di Putra Heights pada April lalu.

Menurut Datuk Ahmad Yunus Hairi (PAS – Sijangkang) meskipun tidak dinafikan syarikat minyak negara mempunyai tanggungjawab namun respons yang diberikan berhubung insiden itu sangat konkrit.

“Kita lihat seolah-olah Petronas tidak mempunyai tempat dan tampil secara terbuka. Adakah (Petronas) tidak diberikan ruang dan sejak peringkat awal, sudut pembangunan dan pematuhan cukup jelas.

“Petronas beri jaminan keselamatan dan saya kira ini melegakan penduduk yang menetap di sepanjang saluran paip itu,’’ katanya semasa membahaskan mengenai insiden letupan gas di Putra Heights, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Dalam kejadian kebakaran salur paip gas di Putra Heights pada April lalu, 81 rumah di kawasan itu musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40% manakala 81% separa musnah, 57% rumah terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

Senada dengan Sijangkang ialah Datuk Ab Halim Tamuri (PAS-Paya Jaras) yang menyifatkan Petronas perlu diberikan peluang selain meminta pihak terbabit supaya telus dalam insiden kebakaran berkenaan.

Malah katanya, Petronas turut menyumbang sebanyak RM25 juta melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk tujuan pembinaan semula rumah mangsa.

“Minta semua pihak telus. Penting kebajikan rakyat diberikan tumpuan. Mohon bila berlaku bencana, minta wakil rakyat juga dilibatkan. Bila berlaku bencana besar libatkan rakyat, ada kesan, apalah kiranya wakil rakyat dijemput untuk dapatkan maklumat dan sama-sama bersatu membantu rakyat,’’ katanya.

Manakala Wan Dzahanurin Ahmad (Bersatu – Sungai Kandis) pula meluahkan kekecewaan dan terkilan kerana kerajaan negeri tidak meneruskan siasatan jenayah dan mengkalisfikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

“Adakah nyawa rakyat begitu murah hingga tragedi boleh ditutup tanpa tindakan segera sedangkan hakikatnya puluhan rumah terbakar dan beratus cedera termasuk kanak-kanak, orang tua dan ibu mengandung,’’ katanya.

Wan Dzahanurin percaya Petronas lebih tegas dalam soal keselamatan penduduk tetapi pada masa sama, beliau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) mendesak supaya keputusan NFA disemak semula.

“Kami juga memohon siasatan bebas atau audit luar dilantik bagi meneliti keputusan itu,’’ katanya.

Pada 30 Jun lalu, laporan siasatan kebakaran paip gas di Putra Height mengenalpasti kelemahan struktur tanah yang menyebabkan paip berada dalam keadaan tidak disokong sepenuhnya.

Siasatan juga mendapati tiada unsur khianat dalam insiden pada 1 April itu. – 9 Julai, 2025

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search