OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Fasa akhir RMK13 diperhalusi, fokus pembangunan desa – Ahmad Zahid

Fasa akhir RMK13 diperhalusi, fokus pembangunan desa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Fasa akhir perancangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sedang giat diperhalusi bagi memastikan agenda pembangunan desa terus diberikan perhatian dengan peruntukan sewajarnya, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memaklumkan pertemuan telah dilakukan bersama delegasi Kementerian Ekonomi diketuai oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi membincangkan perkara tersebut.

Pada 27 Jun lepas, diumumkan bahawa Amir Hamzah diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi.

Ahmad Zahid berkata RMK13 yang bakal dibentangkan kelak akan menjadi pemangkin utama pembangunan negara merangkumi keperluan semua lapisan rakyat.

“Ia termasuk komuniti desa, agenda TVET, industri halal dan pengurusan bencana yang menjadi antara tunjang kekuatan dan kemakmuran negara.

“Insya-Allah, segala yang dibincangkan hari ini akan diteliti sebaiknya demi merangka dasar yang benar-benar memberi impak menyeluruh, bersifat inklusif, mampan dan berorientasikan rakyat,” menurut hantaran tersebut. – TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search