OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Acropolis tutup sementara akibat gelombang panas baharu

Acropolis tutup sementara akibat gelombang panas baharu

ATHENS, 9 Julai: Gelombang haba ketiga tahun ini mendorong suhu mencecah 42 darjah Celsius di Greece.

Buah kali tahun ini, Acropolis di Athens ditutup pada waktu tengah hari bagi melindungi pelancong dan kakitangan daripada terik matahari. Menurut Kementerian Kebudayaan, penutupan berkuat kuasa dari 1 tengah hari hingga 5 petang, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kementerian Buruh turut mengambil tindakan susulan suhu tinggi dengan melarang kerja fizikal luar di kawasan terjejas teruk antara 12 tengah hari hingga 5 petang. Larangan ini meliputi kerja pembinaan dan pertanian.

Perkhidmatan penghantaran makanan dan kopi menggunakan motosikal juga perlu diberhentikan sementara, kecuali penghantar menggunakan kenderaan berhawa dingin.

Syarikat yang melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga €2,000 (US$2,348) bagi setiap pekerja terjejas.

Suhu tinggi dilaporkan di Semenanjung Chalkidiki, Euboea, Greece tengah, wilayah Attica sekitar Athens, dan barat Crete.

Gelombang panas dijangka berterusan hingga Rabu, dengan suhu diramal menurun ke paras lebih selesa iaitu 30 darjah pada Khamis. Pakar memberi amaran risiko kebakaran hutan yang sangat tinggi, terutama dengan angin kencang tempatan yang boleh mencetuskan api dalam beberapa minit.-TVS

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search