OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

18 individu hilang akibat banjir di utara Nepal

18 individu hilang akibat banjir di utara Nepal

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 18 individu dilaporkan hilang awal pagi Selasa dalam kejadian banjir akibat hujan lebat berterusan di kawasan utara Nepal, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Jurucakap polis daerah Rasuwa Inspektor Krishna Dhital berkata pihaknya menerima laporan bahawa sekurang-kurangnya 18 orang hilang dalam kejadian banjir yang berlaku di kawasan sempadan Rasuwagadhi.

"Kebanyakan mereka sedang bekerja di pelabuhan darat berhampiran sempadan," katanya.
Dhital menambah bahawa sebuah jambatan di kawasan sempadan itu telah hanyut dibawa arus manakala beberapa kenderaan elektrik yang diletakkan di pelabuhan darat turut dihanyutkan.
 
-- BERNAMA
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search