OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

ASEAN desak perkukuh kerangka kerja serantau, elak bencana nuklear

ASEAN desak perkukuh kerangka kerja serantau, elak bencana nuklear

KUALA LUMPUR: ASEAN menekankan keperluan mendesak untuk mengukuhkan kerangka kerja serantau dan antarabangsa dalam mencegah kesan penggunaan senjata nuklear.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata rejim pelucutan dan pencegahan penyebaran senjata nuklear kini berada di bawah tekanan serius akibat pemodenan senjata dan kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) serta peperangan siber.

“Integrasi teknologi ini ke dalam sistem strategik menjadikan kita semua lebih terdedah dan meningkatkan potensi kepada peningkatan yang boleh menjadi antara ciri paling berbahaya dalam era yang didiami kini,” katanya.

Menurutnya, gabungan antara era nuklear dan era maklumat kini menjadikan dunia berada dalam keadaan paling tidak stabil dalam sejarah manusia.

Ia menyebabkan senjata nuklear kini lebih berbahaya daripada dahulu dan memburukkan lagi keadaan apabila mekanisme pelucutan senjata nuklear sedia ada kelihatan semakin gagal dalam mencapai matlamatnya.

“Sama ada anda mengenalinya sebagai Era Pasca-maklumat, Revolusi Industri Keempat, atau zaman AI, namun satu perkara adalah pasti iaitu perang dingin mungkin sudah berakhir, tetapi senjata nuklear kini lebih berbahaya daripada dahulu.

“Lebih membimbangkan lagi apabila diambil kira konflik yang sedang berlaku di seluruh dunia. Di Ukraine, peperangan yang berpanjangan meningkatkan kebimbangan terhadap kemungkinan peningkatan nuklear.

“Ditambah dengan retorik dari negara pemilik senjata nuklear yang berpotensi menjejaskan usaha pelucutan senjata selama beberapa dekad,” ujarnya.

Mohamad Hasan turut menzahirkan kebimbangan terhadap konflik global seperti di Ukraine dan Asia Barat, serta menegaskan serangan ke atas Iran sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan ketika mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search