OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Hujan lebat, banjir kilat ragut 45 nyawa di Pakistan

Hujan lebat, banjir kilat ragut 45 nyawa di Pakistan

ISLAMABAD, 30 Jun - Hujan lebat dan banjir kilat yang melanda seluruh Pakistan sejak permulaan musim monsun telah meragut sekurang-kurangnya 45 nyawa.

Pihak berkuasa pengurusan bencana melaporkan wilayah paling teruk terjejas ialah Khyber Pakhtunkhwadengan dengan 21 kematian dicatatkan termasuk 10 orang kanak-kanak.

Beberapa keluarga yang berada di tebing sungai dipercayai dihanyutkan arus deras, selepas sebatang sungai melimpah.

Sementara itu, di Punjab, wilayah paling padat penduduk di Pakistan yang terletak di sempadan India, sebanyak 13 kematian direkodkan.

Lapan daripada mangsa adalah kanak-kanak yang maut akibat runtuhan dinding atau bumbung semasa hujan lebat, manakala selebihnya maut dalam kejadian banjir kilat.

11 lagi kematian akibat hujan monsun dilaporkan di wilayah Sindh dan Balochistan.

Perkhidmatan meteorologi kebangsaan memberi amaran bahawa risiko hujan lebat dan kemungkinan banjir kilat berulang sekurang-kurangnya sehingga Sabtu ini. – AFP

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search