OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran Putra Heights: Operasi mega KDEBWM kumpul lebih 1,000 tan sisa pepejal

Kebakaran Putra Heights: Operasi mega KDEBWM kumpul lebih 1,000 tan sisa pepejal

KLANG - Lebih 1,000 tan sisa pepejal dikutip oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) hasil kerja pembersihan susulan insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, jumlah itu direkodkan sepanjang operasi mega pembersihan dijalankan di kawasan perumahan yang terjejas.

"Kebanyakan kawasan sudah dibersihkan sepenuhnya dan penduduk juga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Lori FUSO Euro 5 Arm Roll di Hap Seng Star di sini pada Selasa.

 

Ramli memberitahu, bagi memudahkan proses pelupusan sisa, KDEBWM turut menyediakan tong sampah di semua 12 lorong perumahan yang terlibat.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih menjalankan kerja-kerja pembersihan mengikut keperluan penduduk.

"Perkhidmatan lori RORO (Roll On Roll Off) turut disediakan secara percuma dan hanya akan ditamatkan apabila kerja pembersihan selesai sepenuhnya," tambah beliau.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search