OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Dua sekolah terjejas banjir di Johor mulakan sesi fizikal esok

Dua sekolah terjejas banjir di Johor mulakan sesi fizikal esok

JOHOR BAHRU – Dua sekolah yang sebelum ini ditutup akibat banjir di negeri ini pada hujung bulan lalu, akan memulakan sesi pembelajaran secara fizikal bermula Isnin.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Maju Jaya di Seelong.

Menurut beliau, selepas banjir surut, pihak berkuasa mendapati kedua-dua sekolah mengalami kerosakan teruk sehingga memaksa guru dan murid menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama lebih dua minggu.

“Sekarang banjir sudah pulih di kawasan Johor Bahru, manakala banjir kini berlaku pula di kawasan Segamat.

 

“Justeru, sekolah-sekolah yang sebelum ini terjejas akan kembali menjalankan pembelajaran secara bersemuka bermula esok,” katanya di Tanjung Surat, Bukit Pelali, di sini pada Ahad.

Pada 21 Mac lalu, tujuh sekolah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pasir Gudang dilaporkan ditutup akibat terjejas banjir.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, 47 sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Pasir Gudang.

Banjir yang melanda negeri ini pada 19 Mac lalu disifatkan penduduk terjejas sebagai antara yang terburuk pernah berlaku selepas bencana banjir besar pada 2006, 19 tahun lalu.

Bencana itu melibatkan beberapa daerah di Johor termasuk Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search