OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

MB Selangor arah exco atasi segera isu tebatan banjir

MB Selangor arah exco atasi segera isu tebatan banjir

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor mengarahkan Exco Infrastruktur Negeri Selangor, Datuk Ir. Izham Hashim untuk mengatasi semua isu yang menyebabkan proses pembinaan usaha tebatan banjir sama ada di peringkat Tempatan, Negeri ataupun Persekutuan belum dapat disegerakan sepenuhnya.

Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata, Izham juga akan bertemu dengan penduduk yang terkesan.

Beliau berkata, penyelesaian jangka panjang harus dilaksanakan secepat mungkin melalui kerjasama semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan.

“Saya melihat sendiri kesan banjir kilat akibat kadar hujan yang turun dengan tinggi minggu ini dan memberikan impak terhadap penduduk terutamanya di kawasan seperti Taman Melawis di Klang dan Taman Sri Muda di Shah Alam.

“Pejabat saya turut dihubungi oleh penduduk yang menyatakan keresahan serta kerisauan mereka terhadap situasi yang berulang kerana komponen Rancangan Tebatan Banjir dirasai kurang disegerakan,” katanya di sini, hari ini.

Selain itu katanya, sebagai usaha permulaan, Setiausaha Politiknya, Saifuddin Shafi akan memanggil mesyuarat koordinasi segera melibatkan semua pihak termasuk kedua-dua Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Diraja Klang serta Jabatan Pengairan dan Saliran agar isu ini dapat ditangani segera.

“Meskipun hampir empat tahun telah berlalu, episod ngeri bah besar Disember 2021 masih terlekat dalam ingatan setiap rakyat Selangor dan tiada sesiapa mahu melihatnya berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, penduduk Taman Sri Muda menggesa Menteri Besar Selangor turun padang dan segera selesaikan masalah banjir yang sering melanda kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search