OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Rumah belum didiami dah dilanda banjir

Rumah belum didiami dah dilanda banjir

Rumah belum didiami namun sudah dilanda banjir. Itu masalah yang berlaku di Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Felda Pasoh Dua di sini.

Pengerusi Pertubuhan 1 Silaturahim Anak Felda (1SAF), Mohammad Yahya Zakaria, berkata PGBF itu sudah siap dibina, namun dilanda banjir setiap kali hujan lebat.

Beliau berkata, keseluruhan 70 rumah PGBF di situ, berdepan masalah banjir dan sudah dua kali dilanda banjir pada bulan ini selain turut dilanda banjir pada bulan lalu.

“Ini yang merunsingkan pembeli berikutan keseluruhan 70 kediaman PGBF yang baru siap dibina itu berdepan banjir setiap kali hujan lebat.

“Terbaru adalah malam tadi (kelmarin). Secara umumnya perumahan ini mengalami banjir setiap bulan, terutama apabila hujan lebat,” katanya.

Mohammad Yahya yang juga generasi kedua Felda, berkata banjir yang berulang itu pasti merisaukan pembeli rumah yang sudah tidak sabar untuk mendiami kediaman itu.

Katanya, pemaju PGBF iaitu Felda sendiri mengetahui perumahan ini sangat berisiko mengalami banjir. Menurutnya, walaupun beberapa tindakan sudah diambil seperti pembesaran longkang namun ia bagaikan tidak berkesan.

“Projek PGBF sebelum ini terbengkalai lama, namun akhirnya siap pada tahun 2024 dan majlis cabutan pemilihan pembeli juga sudah selesai dilakukan.

“Bagaimanapun penyerahan kunci terpaksa ditangguhkan sejak Oktober 2024 dan sehingga isu berisiko banjir ini tidak diselesaikan, pembeli tidak senang hati untuk menerima unit rumah yang memang diketahui akan banjir apabila hujan lebat,” katanya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search