OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Hujan tiga jam, tiga kampung dilanda banjir kilat

Hujan tiga jam, tiga kampung dilanda banjir kilat

Baling: Hujan tanpa henti selama tiga jam malam kelmarin menyebabkan tiga kampung di daerah ini dilanda banjir kilat, awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat membabitkan Kampung Padang Setul, Kampung Kledang dan Kampung Tawar jam 4.34 pagi.

Beliau berkata, banjir menyebabkan 20 keluarga terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air. “Jumlah itu membabitkan 40 mangsa, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Samsari Ibrahim bersama tujuh anggota melakukan pemantauan di kawasan rumah penduduk yang terjejas,”

Jumlah itu membabitkan 40 mangsa namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini” Zulkhairi Mat Tanjil katanya ketika dihubungi, semalam.

Zulkhairi berkata, bomba menasihatkan penduduk bersiap sedia berpindah sekiranya hujan berterusan dan kediaman mereka dinaiki air.

Beliau berkata, banjir kilat berlaku akibat limpahan air Sungai Ketil dan sistem perparitan bertakung di kawasan itu.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search