OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Selangor akan hantar pegawai unit pengurusan bencana ke luar negara

Selangor akan hantar pegawai unit pengurusan bencana ke luar negara

Selangor akan menghantar pegawai unit pengurusan bencana negeri ke negara yang berpengalaman menghadapi serta menguruskan bencana seperti gempa bumi.

EXCO Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi, berkata antara negara berkenaan ialah Jepun dan Turkiye.

Beliau berkata, pihaknya sedang melihat semula gerak kerja terbabit kerana sebelum ini lebih bertumpu kepada bencana yang lazim berlaku di negara ini seperti banjir dan tanah runtuh.

“Kita tidak meminta ia (gempa bumi) berlaku tetapi kita perlu bersiap siaga.

“Mungkin pada Mei atau Jun depan, kita akan menghantar pegawai sama ada membuat lawatan kerja atau berkursus di negara yang berpengalaman menghadapi serta menguruskan bencana itu, seperti Jepun dan Turkiye.

“Kita boleh belajar daripada mereka berhubung cara menguruskan pasca bencana, pasca gempa. Itu antara perancangan terkini kerajaan negeri untuk kita melengkapi pegawai pengurusan bencana dengan kemahiran dan gerak kerja baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, di sini, semalam.

Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik berkata, perancangan berkenaan turut mengambil kira Thailand dan Myanmar yang dilanda gempa bumi, baru-baru ini.

“Negara ini bukan negara berisiko gempa bumi. Biasanya Indonesia, Jepun tetapi sekarang berlaku di negara lain (Thailand dan Myanmar).

“Oleh itu, kita juga perlu membuat persiapan. Kita akan bersiap sedia di Selangor,” katanya.

Kerja pembersihan diteruskan

Sementara itu, beliau memaklumkan kerja pembersihan di kawasan sekitar kawasan letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights masih diteruskan secara berperingkat.

“Pembersihan di kawasan kejadian masih dilaksanakan, cuma bukan secara besar-besaran seperti yang kita lakukan minggu lalu. Kita tidak boleh menjalankan kerja pembersihan sesuka hati.

“Laporan awal berhubung kejadian itu akan dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, selepas mesyuarat pada minggu depan,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search