OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi berukuran 5 skala Richter landa Nagano, tiada ancaman tsunami

Gempa bumi berukuran 5 skala Richter landa Nagano, tiada ancaman tsunami

TOKYO: Gempa bumi berukuran 5 pada skala Richter melanda Wilayah Nagano di Jepun pada Jumaat malam, namun tiada ancaman tsunami dikesan, menurut Agensi Meteorologi Jepun seperti dilaporkan Xinhua.
 
Gempa berlaku pada 8.19 malam waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer (km), dengan intensiti seismik tahap lima bawah pada skala Jepun direkodkan di Bandar Omachi, Kampung Chikuhoku dan Kampung Ogawa.
 
Agensi Meteorologi Jepun mengesahkan bahawa tiada risiko tsunami akibat gempa bumi itu.
 
Gangguan bekalan elektrik dilaporkan di beberapa kawasan di Kampung Ogawa, namun sehingga 9 malam, tiada kecederaan dilaporkan oleh jabatan bomba tempatan, menurut laporan media tempatan.
 
Gempa bumi itu turut menjejaskan perkhidmatan pengangkutan. JR East menghentikan sementara operasi Shinkansen Hokuriku antara Stesen Karuizawa dan Itoigawa sejurus selepas kejadian.
 
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search