Hujan lebat Kedah, Pantai Timur petang ini
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak hingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Kedah melibatkan kawasan Sik dan Baling, Perak (Hulu Perak) dan Terengganu.
Ribut petir dijangka melanda Kelantan di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Cuaca sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).
“Ribut petir turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan daerah Sri Aman, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang ,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE