OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi magnitud 5.6 landa selatan Filipina

Gempa bumi magnitud 5.6 landa selatan Filipina

MANILA: Satu gempa bumi magnitud 5.6 berlaku di luar pesisir selatan Filipina hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

USGS memaklumkan bahawa gempa itu berlaku berhampiran pulau Mindanao pada kedalaman 30 kilometer (km).

 

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina melaporkan pusat gempa terletak kira-kira 43km di barat daya bandar Maitum, iaitu kawasan pergunungan dan kurang penduduk.

Pihak berkuasa tempatan berkata, siasatan awal menunjukkan gempa itu tidak menyebabkan kerosakan besar.

"Gegaran itu kuat tetapi hanya berlaku sekejap. Kami membuat pemeriksaan dan tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan," kata pegawai bomba Maitum, Gilbert Rolifor.

Filipina terletak di kawasan 'Lingkaran Api Pasifik', iaitu zon yang sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi, dari Jepun ke Asia Tenggara hingga ke seluruh kawasan Pasifik.

Gempa bumi sering berlaku di negara itu, kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai.

Namun, gempa kuat yang memusnahkan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana sehingga kini, belum ada teknologi yang mampu meramalkan bila dan di mana ia akan berlaku. - AFP

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search